MEDIA

Berita Terkini

Lawatan Kerja Rasmi YBhg. Dato’ KPUP ke JUPEM Melaka

MELAKA, 6 Julai - Satu lawatan kerja rasmi ke Jabatan Ukur dan Pemetaan Melaka oleh YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah disambut oleh Sr Haji Mohamad Azmar bin Che Mat, Pengarah Ukur dan Pemetaan Melaka dan pegawai-pegawai lain. Turut hadir dalam lawatan ini YBhg. Datin Hindon binti Osman, Pengerusi PUSPANITA JUPEM dan beberapa ahli Puspanita JUPEM.
 
Lawatan kerja rasmi YBhg. Dato' KPUP ini antaranya bertujuan untuk melihat secara dekat aktiviti di JUPEM Melaka, penyampaian Sijil Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada kakitangan JUPEM Melaka dan penyerahan sumbangan kepada kakitangan JUPEM Melaka yang kurang bernasib baik serta merasmikan Pejabat Ukur Daerah Melaka, Ayer Keroh.
 
Di akhir lawatan tersebut, Pengarah Ukur dan Pemetaan Melaka telah menyampaikan cenderahati kepada YBhg. Dato’ KPUP sebagai tanda kenang-kenangan.