MEDIA

Berita Terkini

Lawatan Kerja Rasmi YBhg. Dato’ KPUP ke JUPEM Negeri Sembilan

SEREMBAN, 6 Julai - Satu lawatan rasmi ke Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Sembilan oleh YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah disambut oleh Sr Hj. Engku Mohd Adlin bin Engku Habib, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Sembilan dan pegawai-pegawai lain. Turut hadir dalam lawatan ini Sr Tsalimy bin Abdullah, Pengarah Ukur Bahagian (Perancangan dan Korporat); YBhg. Datin Hindon binti Osman, Pengerusi Puspanita JUPEM dan beberapa ahli-ahli Puspanita JUPEM.
 
Lawatan kerja rasmi YBhg. Dato' KPUP ini antaranya melihat secara dekat pengurusan, pencapaian KPI dan aktiviti-aktiviti di JUPEM Negeri Sembilan. Pada akhir lawatan tersebut, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Sembilan telah menyampaikan cenderahati kepada YBhg. Dato’ KPUP sebagai tanda kenang-kenangan.