MEDIA

Berita Terkini

Lawatan Teknikal MKN ke JUPEM

KUALA LUMPUR, 11 Nov - YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah menerima lawatan teknikal delegasi dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik), MKN iaitu YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus serta diiringi oleh YBrs. Brig. Jen. Mohd Nazaruddin bin Mohd Nazir, Pengarah Pusat Pengurusan Operasi Negara (PPON), Puan Khairani Faidzah binti Dolah, Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat, Encik Mohd Helmy bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah BKKN dan pegawai-pegawai lain MKN.

Turut hadir ialah YBrs. Sr Mohammad Zaki bin Mohd. Ghazali, Pengarah Ukur Bahagian (Ehwal Persempadanan); YBrs. Sr Dr. Mohd Yunus bin Mohd Yusoff, Pengarah Ukur Bahagian (Ukur Geodetik); YBrs. Brig. Jen. Sr Dr. Mohd Zambri bin Mohamad Rabab, Pengarah Bahagian (Geospatial Pertahanan) dan YBrs. Sr Hazri bin Hassan, Pengarah Ukur Seksyen (Dasar Pemetaan), Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan.

Lawatan teknikal ini bertujuan menjalinkan hubungan kerjasama dengan lebih erat serta mendapatkan khidmat nasihat JUPEM dalam pengurusan wabak COVID-19 dengan menggunakan aplikasi Defence Geospatial Information Management (DGIM) yang disampaikan oleh Lt. Kol. Norazlin binti Pamuji, Bahagian Geospatial Pertahanan di Bilik Operasi Geospatial Pertahanan.