MEDIA

Berita Terkini

Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat Ibu Pejabat JUPEM Tahun 2019

KUALA LUMPUR, 9 Jun 2020 - Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) peringkat Ibu Pejabat JUPEM Tahun 2019 bertempat di Pejabat Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Tingkat 11, Wisma JUPEM. Turut hadir bersama dalam majlis ini ialah YBrs. Sr Ahmad Azman bin Ghazali, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I dan YBrs. Sr Sohaime bin Hj. Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II.

Seramai 58 penerima APC di Ibu Pejabat JUPEM telah terpilih untuk menerima APC tahun 2019 dan majlis penyerahan ini diadakan secara sederhana melalui tiga (3) sesi bagi mematuhi arahan dan langkah-langkah keselamatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah ditetapkan. 

Majlis Penyerahan APC ini akan diteruskan di peringkat JUPEM Negeri, Pejabat Ukur Daerah/Jajahan dan Pejabat Topografi Wilayah bagi meraikan kakitangan JUPEM yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang pada tahun 2019.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima APC 2019 dan terima kasih kepada pihak urus setia kerana berjaya mengadakan majlis ini dengan sempurna.