MEDIA

Berita Terkini

MAJLIS PENYERAHAN 18 UNIT KENDERAAN JENIS UTILITI SUKAN (NISSAN XTRAIL) PACUAN EMPAT RODA UNTUK JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM), KEMENTERIAN TENAGA DAN SUMBER ASLI (KeTSA)

KUALA LUMPUR, 17 November - Majlis Penyerahan Rasmi Kenderaan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia telah disempurnakan oleh YBrs. Sr Sohaime bin Haji Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I pada 17 November 2021 (Rabu) di Perkarangan Bangunan CAMS, Ibu Pejabat JUPEM. Perolehan 18 unit Kenderaan Nissan XTrail Pacuan Empat Roda tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM1,944,000.00 dengan menggunakan peruntukan di bawah RMKe-12. Penggantian kenderaan Jabatan ini adalah untuk menggantikan kenderaan Jabatan yang telah digunakan sejak tahun 2006 lagi dan secara langsung telah mengurangkan kos penyelenggaraan kenderaan lama Jabatan yang terpaksa ditanggung oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 18 unit kenderaan Nissan XTrail Pacuan Empat Roda ini akan digunakan oleh semua Bahagian dan JUPEM Negeri di seluruh Malaysia.

Turut hadir bersama-sama dalam majlis ini ialah YBrs. Sr Wan Mohamed Darani bin Ab. Rahman, Pengarah Ukur Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan, YBrs. Sr Muhammad Salim Bin Mohammed Asari, Pengarah Ukur Bahagian Kadaster dan Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan berserta dengan Puan Rusliza binti Abd Rashid yang mewakili Syarikat Akar Global Sdn. Bhd.