MEDIA

Berita Terkini

MAJLIS PERASMIAN e-SPORT PESUMA 33

KUALA LUMPUR, 01 Sept - Majlis Perasmian e-Sport Pesta Sukan Ukur SeMalaysia (PESUMA) ke-33 telah berjaya diadakan pada pagi ini secara dalam talian yang disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia.

Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Negeri Sembilan (KSKJUNS) telah diberikan mandat dan amanah oleh Majlis Sukan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (MSJU) untuk menganjurkan PESUMA kali ke-33 berkonsepkan e-SPORT yang dinamakan e-SPORT PESUMA 33.

Temasya e-SPORT PESUMA 33 ini diwujudkan bersesuaian dengan kekangan situasi yang dihadapi di mana Negara masih berhadapan dengan pandemik COVID-19.

Antara sukan-sukan yang dipertandingkan secara dalam talian bermula 28 Ogos hingga 6 Oktober 2021 ini adalah Player Unknown’s Battle Ground (PUBG), Federation International Football Association 21 (FIFA 21), Mobile Legend dan Virtual Run.
PESUMA edisi 33 ini berjaya menarik penyertaan seramai 1,016 orang peserta yang terdiri dari 19 kontinjen-kontinjen JUPEM di seluruh negari termasuk Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) serta Badan Kebajikan dan Sukan Jabatan Ukur Negara Brunei Darussalam.

“PANDEMIK TIDAK MEMBATASKAN SUKAN”