MEDIA

Berita Terkini

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JUPEM 2019

Ibu Pejabat JUPEM dengan kerjasama Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) telah berjaya mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JUPEM pada 26 Jun 2019 bertempat di Dewan Ukur JUPEM.

Majlis ini dihadiri oleh pegawai dan kakitangan Ibu Pejabat JUPEM serta para jemputan lain. Dalam majlis ini juga, YBrs. Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I telah menyampaikan Anugerah Khidmat Setia (AKS) dan Anugerah Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (AKPUP) kepada 46 pegawai JUPEM.

Selain itu, YBrs. Sr Dr. Azhari bin Mohamed turut menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar tahfiz dari Akademi Tahfiz Al-Hidayah (ATAH) dan meluangkan masa melawat gerai-gerai makanan yang menyajikan pelbagai juadah makanan di samping beramah mesra dengan pegawai dan kakitangan.