MEDIA

Berita Terkini

PAMERAN HARI TANAH NEGARA 2022 SERTA LAWATAN YB TIMBALAN MENTERI TENAGA & SUMBER ASLI

Sambutan Hari Tanah Negara Ke-6 Tahun 2022 (HTN 2022), telah menganjurkan pameran sempena sambutan berkenaan di Dewan Damar Sari, Blok F8 Parcel F, Putrajaya. JUPEM telah dijemput sebagai pempamer dalam Persidangan Pentadbiran Tanah bersempena dengan HTN 2022 berkenaan pada 1 Ogos 2022.

Lawatan ke ruang pameran oleh YB Datuk Ali Biju, Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, serta YBhg. Dato' Haji Rosli bin Isa, Ketua Setiausaha KeTSA telah diiringi oleh Sr Wan Mohamad Darani bin AB. Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Ukur Dan Pemetaan I ke booth pameran JUPEM.

Dalam pameran HTN 2022 ini, booth pameran JUPEM telah ketengahkan sistem SmartKADASTER Interactive Portal (SKIP). Dimana sisi penerangan ringkas SKIP telah disampaikan oleh Sr Nur Zurairah binti Abdul Halim, SME Kadaster (Penawanan Data Terrestrial & 3D Modelling).

Sejumlah 12 pempamer telah menyertai pameran ini, yang terdiri dari:
1. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia - JUPEM
2. Institut Tanah Dan Ukur Negara (INSTUN)
3. Farm Fresh Milk Sdn. Bhd.
4. Pusat Geospatial Negara (PGN)
5. Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta JPPH
6. Faculty of Built Environment & Surveying, UTM Johor Bahru
7. INSPEN JPPH
8. Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia (PERHILITAN)
9. Pejabat Pengarah Tanah & Galian WP (PTGWPKL)
10. PLANMalaysia
11. PUSAKA, JKPTG
12. STRATA, JKPTG

HARI TANAH NEGARA KE-6 TAHUN 2022
"Jajaran Pendigitalan Tanah Merentasi Sempadan"