MEDIA

Berita Terkini

SESI WALKABOUT KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA KE BAHAGIAN PEMETAAN TOPOGRAFI SARAWAK

KUCHING, 6 Sept - Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed telah mengadakan sesi walkabout ke Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak di Bangunan Sultan Iskandar, Kuching pada hari ini. Sesi walkabout Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah disambut oleh YBrs. Sr Bernard Sia Siew Fang, Mantan Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak, Sr Sylvester Luta Anak Buli, Timbalan Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sawarak dan Sr Simeon Dewal Mail, Pengarah Ukur Seksyen (Pangkalan Data) dan pegawai-pegawai kanan yang lain. Turut hadir ialah YBhg. Datin Hindon binti Osman, Pengerusi PUSPANITA dan Sr Iza Zarina binti Abdu Razak @ Idris, Setiausaha PUSPANITA.

Dalam sesi walkabout ini, YBhg. Dato’ KPUP berkesempatan untuk merasmikan Bilik Operasi UAS, penyerahan Jalur Gemilang dan fail tugas kepada Pasukan Ukur 2021, penyampaian sijil penghargaan kepada wakil Pasukan Ukur serta penyampaian sumbangan Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) kepada kakitangan Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak yang kurang bernasib baik dan menghadapi masalah kesihatan iaitu Sr Sylvester Luta Anak Buli, Encik Hanafi bin Tomy, Puan Noorhayati binti Suratmin dan Encik Hasdi bin Mohammad.

Dalam sesi yang sama, YBhg. Datin Hindon binti Osman, Pengerusi PUSPANITA diiringi oleh Sr Iza Zarina binti Abdu Razak @ Idris, Setiausaha PUSPANITA turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada wakil penerima yang terkesan dan yang telah positif COVID-19.
Pada akhir sesi walkabout, Timbalan Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sawarak telah menyampaikan cenderahati kepada YBhg. Dato’ Sr Dr.  Azhari bin Mohamed dan YBhg. Datin Hindon binti Osman sebagai tanda ingatan dan kenang-kenangan.