MEDIA

Berita Terkini

SESI WALKABOUT YBHG. DATO' KPUP YANG KE-25 DI JABATAN UKUR DAN PEMETAAN NEGERI JOHOR

JOHOR BAHRU, 26 Sep - Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed telah mengadakan Sesi Walkabout ke-25 di Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Johor, Johor Bahru pada hari ini. Kahadiran Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah disambut oleh YBrs. Sr Mohd Latif bin Zainal, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Johor, Sr Ahmad Kamal Arifin bin Jaafar, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan II dan pegawai-pegawai yang lain. Turut hadir ialah YBhg. Datin Hajah Hindon binti Osman, Pengerusi PUSPANITA JUPEM dan Sr Iza Zarina binti Abdu Razak @ Idris, Setiausaha PUSPANITA JUPEM.

Pada sesi walkabout hari ini, YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed turut merasmikan Galeri Ukur JUPEM Johor dan menyampaikan sumbangan Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) kepada Encik Mohd Rozi bin Abdul Majid, Ketua Cawangan Inspektorat, Seksyen Strata/ Stratum/Marin yang menghidap penyakit barah.

Dalam sesi yang sama, YBhg. Datin Hajah Hindon binti Osman, Pengerusi PUSPANITA JUPEM turut menyampaikan sumbangan kepada kepada wakil penerima yang terkesan dan yang telah positif COVID-19 serta sumbangan kepada PUSPANITA JUPEM Johor bagi menjalankn aktiviti-aktiviti PUSPANITA JUPEM Johor.

Pada akhir sesi walkabout, YBrs. Sr Mohd Latif bin Zainal, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Johor telah menyampaikan cenderahati kepada YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed dan YBhg. Datin Hajah Hindon binti Osman sebagai tanda ingatan dan kenang-kenangan.