MEDIA

Berita Terkini

SPECIAL DISCUSSION FOR THE JOINT BORDER MAPPING PROJECT BETWEEN INDONESIA & MALAYSIA (JBM)

Special Discussion for the Joint Border Mapping Project between Indonesia and Malaysia (JBM) telah diadakan pada 26–28 Julai 2022 di Milenium Hotel Sireh, Jakarta, Indonesia. 

Delegasi Malaysia seramai 7 pegawai JUPEM telah hadir dan ia diketuai oleh Sr Mohamed Sofian bin Abu Talib selaku Pengerusi Bersama JBM.  Mesyuarat kali ini membincangkan isu- isu teknikal dalam penyediaan peta sempadan antara Malaysia dan Indonesia. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat berjadual yg dijalankan dua kali setahun secara bergilir di antara Malaysia dan Indonesia.

Berikut adalah barisan delegasi Malaysia terdiri daripada pegawai JUPEM iaitu Sr Mohamed Sofian bin Abu Talib (Pengarah Ukur dan Pemetaan Perak), Sr Iza Zarina binti Abdu Razak (Pengarah Ukur Seksyen, Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara), Sr Mohd. Johari bin Md. Sharif (Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan II, JUPEM N.Sembilan), Sr Nur Shakila binti Tahir (Penolong Pengarah Ukur, Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara), En. Muhamad Akmal Bin Rusli (Penolong Juruukur, Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara), En. Md Huzaini Bin Mohamed (Penolong Juruukur, Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara) dan Cik Nor Hayati binti Mohamad Nor (Penolong Juruukur) Bahagian Kartografi dan GIS.