Pengumuman
Tajuk | Tarikh Terbitan | Lampiran |
---|---|---|
PERMOHONAN KEMASUKAN KE LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS (SUBJECT MATTER EXPERT - SME) DI JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) TAHUN 2021 | 13-01-2021 |
Dimaklumkan bahawa Jabatan ini ingin mempelawa calon-calon yang berminat dan berkelayakan untuk memohon laluan pakar bidang khusus (Subject Matter Expert - SME) ini berdasarkan kepada syarat- syarat asas yang telah ditetapkan. Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi dan melengkapkan borang-borang melalui pautan https://www.jupem.gov.my/halaman/subject-matter-expert-sme. Sehubungan itu, permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Khidmat Pengurusan, Ibu Pejabat Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia selewat-lewatnya pada 31 Mac 2021 (Rabu). |
Iklan kekosongan jawatan di JUPEM | 11-01-2021 |
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) |
Gangguan Capaian Pautan Aduan/Maklum Balas dalam Portal JUPEM | 04-01-2021 |
Dimaklumkan pautan Aduan/Maklum Balas melalui Portal JUPEM adalah DITUTUP buat sementara waktu sehingga diberitahu kemudian. Buat sementera waktu ini, sebarang aduan/maklum balas boleh dikemukakan melalui e-mel ke hqweb@jupem.gov.my. Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali. |
Notis Penutupan Tapak Kalibrasi EDM/GNSS di Sungai Santap, Jabi, Alor Setar | 10-12-2020 |
Dimaklumkan bahawa Tapak Kalibrasi EDM/GNSS di Sungai Santap, Jabi, Alor Setar telah DITUTUP ekoran mendapan tanah dan tidak lagi sesuai digunakan untuk pelaksanaan ujian kalibrasi alat. |
Perkhidmatan Janji Temu melalui Sistem e-JanjiTemu | 09-12-2020 |
Dimaklumkan Sistem e-JanjiTemu <https://www.iamsjupem.com/> - modul JUPEM Johor telah mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Disember 2020. Mana-mana pihak boleh menggunakan platform ini untuk membuat tempahan janji temu dengan pegawai di JUPEM Johor. Sekian, terima kasih. |
Permit Kerja di Tapak Kalibrasi R&R Mambau, Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Negeri Sembilan | 09-11-2020 |
Bermula bulan Ogos 2020, pelaksanaan cerapan kalibrasi GNSS di Tapak Kalibrasi R&R Mambau, Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Negeri Sembilan perlu mendapat permit kerja (Work Permit) daripada pihak PLUS di Plaza Tol Pedas-Linggi. Pengguna yang ingin mendapatkan Work Permit tersebut perlu membawa bersama notifikasi atau maklum balas permohonan yang diterima daripada Pejabat Ukur Daerah Negeri Sembilan Barat, JUPEM Negeri Sembilan ke Plaza Tol Pedas-Linggi. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh merujuk kepada Puan Fazella Salwa binti Solihin atau Encik Herwinsha Nasution bin Mohd Fami di talian 06-767 7005. |
Permohonan Permit Penerbangan Penggambaran dan Pemetaan Udara Secara atas talian | 06-03-2020 |
Permohonan Permit Penerbangan Penggambaran dan Pemetaan Udara secara atas talian telah diaktifkan mulai 3 Mac 2020. Sehubungan itu, semua permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian melalui aplikasi eBiz JUPEM (www.eBiz.jupem.gov.my). |
Bilik Latihan Ampang Park buat sementara waktu akan beroperasi di Tingkat 1 Bangunan Stor Peta pada 14 Februari 2020 | 05-02-2020 |
Adalah dimaklumkan bahawa Bilik Latihan Ampang Park yang terletak di tingkat 5, Wisma JUPEM akan dipindahkan ke Tingkat 1 Bangunan Stor Peta mulai 14 Februari 2020. Ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pengubahsuaian dan menaik taraf infrastruktur sokongan bagi Pusat Data JUPEM. Walau bagaimanapun perpindahan ini adalah sementara sehingga kerja-kerja tersebut dijangka selesai pada 30 Oktober 2020. Sebarang pertanyaan dan maklumbalas boleh disalurkan kepada:
Perhatian dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. |