Tarikh diterbitkan : 22 Mar 2023

PERSAHABATAN MALAYSIA-INDONESIA @ PROGRAM PENANAMAN POKOK ‘PERSAHABATAN’ ANTARA MALAYSIA DAN INDONESIA SEMPENA GSD 2023 | 20 MAC 2023

PERSAHABATAN MALAYSIA-INDONESIA @ PROGRAM PENANAMAN POKOK ‘PERSAHABATAN’ ANTARA MALAYSIA DAN INDONESIA SEMPENA GSD 2023 | 20 MAC 2023

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah melaksanakan program penanaman pokok sempena Global Surveyors' Day 2023 serentak seluruh Negeri bersama-sama Komuniti Ukur pada 20 Mac 2023 (Isnin). Program ini telah dilaksanakan serentak di JUPEM Negeri termasuk Bahagian Pemetaan Topografi (BPT) Sabah dan BPT Sarawak.

Bagi program yang dihadiri oleh YBrs. Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Sr Mohd Zaki bin Mohammad Ghazali ini, ia dinamakan sebagai Program Penanaman Pokok 'Persahabatan' antara Malaysia dan Indonesia sempena GSD 2023 di Nilai Springs Resort Hotel, Nilai, N.Sembilan.

Program ini dilaksanakan bersama-sama delegasi Indonesia yang diketuai oleh;

-First Admiral Idham Faca, Director of Defense Territory, Ministry of Defense (Indonesia);

-Mr. Andreano Erwin (Ministry of Foreign Affairs);

-Mrs. Astrit Rimayanti (Geospatial Information Agency);

-Brig. Suteikno Suleman (Ministry Coordination of Political, Justice and Security);

-Mr. Dr. Drs. Amran (Ministry of Home Affairs);

-Mr. Nursyah Rizal (Ministry of Home Affairs) dan beberapa lagi pegawai dari Indonesia.


Manakala delegasi Malaysia yang diketuai KPUP, JUPEM turut bersama hadir antaranya adalah;

-Sr Hazri bin Hassan (Tim. Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia);

-En. Saat bin Durasit (JTU Sabah);

-Pn. Farhati binti Ahmad Tajuddin (Jabatan Peguam Negara);

-En. Hazrey Tomyang (NRECC);

-DSP Muhamad Jamil Hj. Ahmad (MKN) dan serta beberapa pegawai kanan lain.

Aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua negara, serta ia juga menyumbang kepada Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok. Sejumlah 15 pokok yang terdiri daripada Pokok Pagoda (Clerodendrum Paniculatum) dan Pokok Chinese Palm (Livistona Chinensis) telah ditanam. Terima kasih kepada pihak Nilai Spring Resort Hotel atas kebenaran program ini dilaksanakan dilokasi mereka.

Program ini juga turut mendapat kerjasama Lembaga Jurukur Tanah (LJT), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) serta pihak Nilai Spring Resort Hotel.