LAMAN UTAMA

Soalan Lazim

 

Produk dan Perkhidmatan

Data digital JUPEM boleh diperolehi dengan mendapatkan Lesen Hakcipta Data Ukur dan Pemetaan Berdigit terlebih dahulu dengan bayaran RM 200.00 (swasta/IPT) dan RM 100.00 (Jabatan kerajaan) bagi tempoh setahun. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem eBiz (https://ebiz.jupem.gov.my/) dengan melengkapkan Borang PPNM-1 (Pind.1/2008) Permohonan Lesen Hakcipta/Membeli Dokumen Geospatial Terperingkat dan syarat-syarat yang dinyatakan dalam borang tersebut.

Peta berkenaan boleh didapati di semua kaunter di setiap JUPEM  Negeri masing-masing atau di Ibu Pejabat JUPEM atau secara dalam talian melalui sistem eBiz di alamat https://ebiz.jupem.gov.my. Untuk keterangan lanjut, sila layari sistem eBiz di ruangan Produk.

Peta elektronik dijual dalam media cakera padat CD (Edisi 1) dengan harga RM10.00 seunit manakala dalam media Flash Drive (Edisi 2) dengan harga RM36.00 seunit termasuk kos media storan. Boleh didapati di semua kaunter di setiap JUPEM Negeri masing-masing atau di Ibu Pejabat JUPEM atau secara dalam talian melalui sistem eBiz di alamat https://ebiz.jupem.gov.my. Untuk keterangan lanjut, sila layari sistem eBiz di ruangan Produk.

Data-data Pemetaan boleh digunakan dalam sistem navigasi setelah ia ditapis dan diluluskan oleh pihak Bahagian Geospatial Pertahanan, JUPEM. Anda perlu memulangkan semula data akhir yang telah diproses sebelum ia digunakan untuk navigasi.

 

Latihan Amali/Praktikal

Pelajar terdiri daripada Warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di IPT awam atau swasta yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sama ada dalam atau luar negara. Pelajar bidang berkaitan ukur dan pemetaan akan diberikan keutamaan.

Semua permohonan perlu melalui Bahagian Perancangan dan Korporat, Ibu Pejabat JUPEM Kuala Lumpur dengan mengemukakan maklumat berikut:
i.    Surat Arahan Menjalani Latihan Industri oleh IPT;
ii.    Surat Permohonan Menjalani Latihan Industri di JUPEM (Nyatakan JUPEM Negeri/Bahagian yang dipohon);
iii.    Resume; dan 
iv.    Transkrip peperiksaan semester akhir.
Maklumat yang tersenarai di atas perlu di-e-melkan kepada kompetensi@jupem.gov.my

Bayaran elaun adalah sebanyak RM5.00 sejam (8 jam sehari) bagi semua hari bekerja. Pembayaran elaun ini terhad kepada maksimum 90 hari bekerja sahaja.
Walau bagaimanapun, bayaran adalah tertakluk kepada peruntukan sedia ada Jabatan serta mematuhi prosedur kewangan yang berkuat kuasa. 

Pelajar tidak layak mendapat kemudahan cuti semasa menjalani latihan amali/praktikal kecuali dengan kebenaran/kelulusan Penyelia Latihan yang berkaitan tanpa dibayar sebarang elaun.

i.    Surat Penerimaan Menjalani Latihan Industri di JUPEM;
ii.    Salinan Kad Perakam Waktu/Laporan thumbprint/Laporan Kehadiran yang disahkan oleh pegawai JUPEM;
iii.    Salinan Kad Pengenalan; dan
iv.    Salinan akaun bank (muka hadapan yang menyatakan nama, nombor kad pengenalan dan nombor akaun pelajar).
Sebarang pertanyaan berkaitan urusan latihan industri boleh menghubungi maklumat seperti berikut:- 
Seksyen Pembangunan Kompetensi
Bahagian Perancangan dan Korporat
Tingkat 13, Wisma JUPEM 
Jalan Sultan Yahya Petra
50578 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-2617 0822/ 03-2617 0823
No. Fax: 03-2617 0636

E-mel: kompetensi@jupem.gov.my

 

Lain-lain

Permohonan pekerjaan di mana-mana agensi dalam Perkhidmatan Awam termasuklah JUPEM perlu dibuat menerusi Sistem Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA9) yang boleh didapati menerusi Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia http://www.spa.gov.my/

Fi bagi data ukur dan pemetaan ditentukan berpandukan Perintah Fi dan Bayaran (Perkhidmatan, Data Ukur dan Pemetaan serta Reproduksi) 2010.

Untuk membawa data-data terperingkat ke luar negara bagi tujuan pemprosesan, Borang Undertaking by Appointed Consultant/Contractor perlu diisi. Di samping itu, seorang pegawai JUPEM perlu mengiringi data-data tersebut dan kos pegawai JUPEM hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh syarikat yang dilantik anda.

Mana-mana syarikat/agensi yang ingin mambuat kerja-kerja pengutipan/penawanan data ukur dan pemetaan perlu memohon kelulusan daripada JUPEM terlebih dahulu. Setelah data-data tersebut diproses, ia perlulah ditapis oleh JUPEM dahulu sebelum boleh digunakan.

Pekeliling KPUP serta Surat Pekeliling mengenai bidang ukur boleh didapati di Laman Web Rasmi JUPEM di pautan www.jupem.gov.my/halaman/surat-pekeliling

Rujukan bagi fotograf udara boleh dibuat di Perpustakaan Peta Negara yang terletak di Tingkat 1, Bangunan Ukur, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Jalan Sultan Yahya Petra, 50578 Kuala Lumpur atau secara dalam talian melalui sistem eBiz di https://ebiz.jupem.gov.my/

Tidak. Urusan permohonan pembahagian harta pusaka kecil hanya boleh dibuat di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Persekutuan. Maklumat lanjut sila layari Portal JKPTG Persekutuan di www.jkptg.gov.my

 

Dron/UAV

Tiga (3) jenis iaitu:
a.    Dron lebih 20kg. 
b.    Dron kurang 20kg untuk komersil.
c.    Dron kurang 20kg untuk hobi/rekreasi/perlumbaan dron/penyelidikan dron.

a.    Memerlukan Lesen Juruterbang (PPL) Malaysia.
b.   Perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) (frekuensi radio dan sensor).
c.    Perlu permit dari Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) jika ada sensor digunakan untuk kutipan data/penggambaran udara. (Sila rujuk soalan dan jawapan nombor 5)

a.    Tidak memerlukan Lesen Juruterbang (PPL) Malaysia.
b.    Perlu berdaftar dengan CAAM dan SKMM. (jika sensor digunakan)
c.    Perlu permit dari JUPEM jika ada sensor (LiDAR dan lain-lain) digunakan untuk kutipan data/penggambaran udara.
d.    Perlu maklum kepada CAAM untuk mendapatkan NOTAM (Notice to Airmen) sebelum setiap penerbangan selepas mendapat permit dari JUPEM.
e.    Perlu hantar jadual perancangan kerja sebelum mohon permit sekiranya penggunaan dron/UAV melebihi 3 kali dalam tempoh sebulan.
f.    Penerbangan tidak boleh melebihi 400 kaki/120 meter di atas permukaan bumi atau di atas paras laut.

a.    Tidak memerlukan Lesen Juruterbang (PPL) Malaysia.
b.   Tidak perlu permit dari JUPEM bagi tujuan hobi/rekreasi untuk dron tanpa kamera/ sensor sahaja. Bagi dron yg mempunyai kamera/sensor walaupun atas tujuan hobi/rekreasi, masih perlu mendaftar secara atas talian dengan menyatakan tujuan penggunaan bukan untuk komersial/pertandingan/penyelidikan. Had penerbangan bagi semua penggunaan masih lagi mengikut para 3f, 4g & 5l. 
c.  Bagi perlumbaan dron, permohonan mesti dihantar ke JUPEM melalui pendaftaran online untuk pengeluaran permit beserta surat kelulusan penganjuran oleh pihak penganjur, pelan lokasi pertandingan, had ketinggian terbang dan semua spesifikasi dron dan semua pegawai dan krew pertandingan sama ada secara langsung atau tidak langsung perlu disenaraikan oleh pihak penganjur. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan undang-undang mengikut peraturan sedia ada yang berkuatkuasa ke atas pihak penganjur, semua pegawai dan krew dan peserta tanpa prejudis sekiranya gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.
d.    Para 4.c ini juga digunapakai bagi semua pertandingan/penyelidikan yang melibatkan UAV/UAS secara langsung atau tidak langsung (contoh: Dron fotografi, dron video, pemetaan dron untuk tujuan pembelajaran, penghasilan koordinat menggunakan GNSS/Remote Sensing/GIS dan penggunaan peralatan saintifik/kejuruteraan dll yang digabungkan bersama dgn UAV/UAS).
e.    Perlu daftar CAAM bagi tujuan keselamatan.
f.    Kawasan penerbangan terhad sahaja. Tidak boleh terbang di kawasan umum atau orang ramai serta kawasan larangan.
g.    Saling nampak antara pengendali dan dron.
h.    Penerbangan tidak boleh melebihi 400 kaki/120 meter di atas permukaan bumi.

a.    Mulai 3 Mac 2020, semua permohonan permit pengutipan data untuk tujuan pemetaan atau penggambaran udara yang menggunakan pesawat udara (kapal terbang, helikopter, paramotor, belon udara dan dron/UAV) atau kenderaan darat boleh dilakukan dengan menggunakan perkhidmatan dalam talian melalui aplikasi eBiz (https://ebiz.jupem.gov.my/).

b.    Dokumen yang perlu dilampirkan melalui aplikasi tersebut adalah seperti berikut:

i)    Salinan imbasan kad pengenalan/pasport pemohon.
ii)    Salinan imbasan kad pengenalan/pasport juruterbang, pengendali dron/UAV, jurufoto dan pengendali kenderaan (jika boleh warganegara Malaysia).
iii)    Salinan imbasan surat pelantikan (LOA) kerja dari kementerian/pemilik projek sekiranya aktiviti pengutipan data/penggambaran udara melibatkan pihak lain. 

•    Untuk permohonan dari negeri Sarawak, surat kelulusan dari Pejabat Ketua Menteri Sarawak diperlukan selepas mendapat surat pelantikan (LOA).
•    Sekiranya penerbangan dalam had kawasan persempadanan antarabangsa (Malaysia-Thailand, Malaysia-Singapura, Malaysia-Indonesia dan Malaysia-Brunei Darussalam), surat kelulusan khas dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) diperlukan.

iv)    Salinan imbasan passport sekiranya juruterbang/pengendali UAV/jurufoto bukan warganegara Malaysia. (perlu memohon untuk kemasukan visa professional)
v)    Salinan imbasan Sijil Pendaftaran Syarikat/Perniagaan/Pertubuhan.
vi)    Salinan imbasan surat kuasa atau kebenaran daripada pemilik bangunan/kawasan yang terlibat.

c.    Warga/syarikat asing yang ingin mengendalikan kerja dron/UAV di Malaysia perlu melibatkan diri dengan pihak berkuasa tempatan/universiti/syarikat/juruterbang dron yang berkelayakan dan terlatih. Permohonan akan dibatalkan secara automatik tanpa notis sekiranya gagal memenuhi keperluan di atas.
d.    Semua permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan 2 minggu sebelum tarikh perancangan penerbangan. Permohonan lewat akan ditolak melainkan dalam situasi kecemasan/keselamatan/bencana (semula jadi/buatan manusia).
e.    Semua gambar/data mentah dan gambar/data mutakhir hendaklah diserahkan kepada JUPEM dan tiada alasan untuk tidak dihantar ke JUPEM. Semua dokumen perlu disediakan dalam 3 salinan untuk dimajukan ke JUPEM (salinan keras/berdigit).
f.    Permit pengutipan data/penggambaran berdasarkan bilangan hari penerbangan/cerapan/pengambaran tertakluk kepada caj RM50/hari penerbangan/cerapan/pengambaran. Bayaran boleh dibuat melalui aplikasi sistem eBiz.
Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan pegawai yang berkenaan di Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP):
 
LT KOL SHAHRIZAN BIN YAHYA
Pengarah Seksyen Rundingan dan Keselamatan
Bahagian Geospatial Pertahanan
Ibu Pejabat Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
Tel: 03-26170919 @ 017-2264974
E-mel: shahyahya@jupem.gov.my
 

 

Pemetaan Utiliti

Dengan menulis surat rasmi ataupun melalui emel kepada Bahagian Perancangan Korporat (hqweb@jupem.gov.my). Oleh kerana data pemetaan utiliti merupakan data geospatial terperingkat, maka permohonan hendaklah disertakan dengan:


i) Borang PPNM-1 (Pindaan 1/2008).
ii) Lampiran Bagi Pembekal- Permohonan Membeli Dokumen Geospatial Terperingkat.
Borang ini boleh dimuat-turun di Portal Rasmi JUPEM: https://www.jupem.gov.my/halaman/muat-turun-borang-pemetaan


Alamatkan surat dan borang-borang di atas kepada:


Pengarah Ukur
Bahagian Perancangan dan Korporat
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
Tingkat 13, Wisma JUPEM
Jalan Sultan Yahya Petra
50578 Kuala Lumpur

Permohonan adalah dengan cara membuat surat permohonan rasmi atau emel kepada Bahagian Pemetaan Utiliti (utility@jupem.gov.my) atau terus melalui laman web berikut :


Alamatkan surat kepada:

Pengarah Ukur
Bahagian Pemetaan Utiliti
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
Tingkat 4, Bangunan Ukur
Jalan Sultan Yahya Petra
50578 Kuala Lumpur

ATAU

Permohonan tempahan melalui laman web: 
https://aruums.jupem.gov.my/faq/permohonan 

Kedalaman relatif kepada permukaan tanah iaitu positif (+ve) di bawah tanah.

 

Bil Jenis Utiliti Kod Warna
1 Kabel Eletrik P Merah
2 Paip Air W Biru
3 Gas,Minyak atau Petroleum G Kuning
4 Kabel Telekomunikasi termasuk semua jenis Kabel Fiber T Oren
5 Saluran Pembetungan S Hijau
6 Utiliti yang tidak diketahui U Putih

Sumber : Pekeliling KPUP Bil.1 Tahun 2016
(Garis Panduan Kod Warna dan Penandaan Utiliti Bawah Tanah)

 

i. Format data adalah di dalam format GIS shapefile (shp), Geodatabase (gdb) atau Mapinfo (TAB).
ii. Sistem koordinat data adalah di dalam sistem koordinat GDM2000 Rectified Skew Orthomorphic (RSO) dan GDM2000 Cassini Soldner.
iii. Kod butiran utiliti adalah berdasarkan kepada dokumen Malaysian Standard Geographic Information/Geomatics Features and Attribute Codes (MS1759:2015)

Sumber : Pekeliling KPUP Bil. 2 Tahun 2016
(Garis Panduan Penerimaan Data Digital Dan Pelan Utiliti Dari
Juruukur Tanah Bertauliah (JTB) Oleh Jabatan Ukur Dan
Pemetaan Malaysia (JUPEM))
 

Juruukur Tanah Berlesen (JTB) yang memiliki Sijil Kompetensi  Ukur Pengesanan Utiliti Bawah Tanah (Competency Certificate in Underground Utility Detection Survey - CUUDS) atau Sijil Kompetensi Pengesanan dan Pemetaan Utiliti Bawah Tanah (Competency Certificate in Underground Utility Detection and Mapping - CUUDM) yang dikeluarkan oleh Lembaga Juruukur Tanah Malaysia (LJT)  layak melaksanakan kerja-kerja ukur pengesanan utiliti bawah tanah.
 

Juruukur Tanah Berlesen (JTB) yang memiliki Sijil Kompetensi Ukur Pengesanan Utiliti Bawah Tanah (Competency Certificate in Underground Utility Detection Survey - CUUDS) atau Sijil Kompetensi Pengesanan dan Pemetaan Utiliti Bawah Tanah (Competency Certificate in Underground Utility Detection and Mapping - CUUDM) boleh menjalankan kerja-kerja ukur pengesanan utiliti bawah tanah. Senarai nama JTB berkenaan adalah seperti yang dipamerkan dalam portal Lembaga Jurukur Tanah (LJT) iaitu:

http://www.ljt.org.my/search-speciality
 

 

Maklumat Air Pasang Surut

Tidak. JUPEM hanya menyediakan data-data air pasang surut sahaja yang terdiri daripada data ramalan dan data cerapan air pasang surut dari stesen-stesen yang dikendalikan oleh JUPEM. Bagi data/maklumat berkaitan kelajuan angin atau keadaan ombak, ia boleh diperolehi dari agensi lain seperti Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) atau Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM).

Maklumat ramalan air pasang surut boleh diakses secara dalam talian dengan percuma. Maklumat paras air harian tertinggi dan terendah dipaparkan hanya terhad kepada tempoh dua (2) hari sahaja (hari semasa dan hari berikutnya). 

Laman web: https://www.jupem.gov.my/staps

Terdapat dua (2) produk utama berkaitan Air Pasang Surut iaitu:
i.    Jadual Ramalan Air Pasang Surut; dan
ii.    Rekod Cerapan Air Pasang Surut

Buku Jadual Ramalan Air Pasang Surut dan Buku Rekod Air Pasang Surut, masing-masing berharga RM50.00 senaskhah. Maklumat pasang surut yang terkandung adalah meliputi semua stesen di seluruh negara bagi tempoh setahun. Maklumat ini juga ada tersedia dalam bentuk softcopy (*.pdf format)

Maklumat secara bulanan juga boleh diperolehi dalam bentuk softcopy (*.pdf format). Maklumat ini berharga RM5 per stesen yang mengandungi maklumat sebulan.

Pembelian secara naskhah buku boleh dibuat di kaunter pusat jualan data di Ibu Pejabat JUPEM atau melalui mana-mana kaunter JUPEM Negeri. Pembelian secara dalam talian boleh dibuat melalui aplikasi eBiz di Portal JUPEM.

 

Seksyen Infrastruktur Rujukan Tegak, Bahagian Ukur Geodetik, Ibu Pejabat JUPEM. Beralamat di Tingkat 7, Bangunan Ukur, Ibu Pejabat JUPEM, Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Lumpur. Nombor telefon: 03-2617 0974 / 03-2617 0606 / 03-2617 0620.

 

Sistem Ukur Kadaster di Malaysia telah pun digunakan sejak tahun 1885 dan kini telah berusia lebih 135 tahun. Oleh itu kaedah kerja wajar dikemas kini mengikut perkembangan dan kemampuan teknologi ICT, GIS dan GNSS masa kini. Sistem eKadaster mula digunakan pada tahun 2010 sebagai langkah menambahbaikkan sistem penyampaian ukuran hakmilik tanah. Ia diguna pakai di 13 JUPEM Negeri, Juruukur Tanah Berlesen (JTB) serta Agensi-agensi Berkaitan Tanah (ABT) di seluruh Semenanjung Malaysia serta Wilayah Persekutuan Labuan.

eKadaster merupakan suatu aplikasi berasaskan web sepenuhnya. Sistem eKadaster menggunakan sistem pengoperasian Windows sahaja. Manakala paparan terbaik menggunakan Internet Explorer Versi 8 dan ke atas dengan resolusi minima 1280 x 1024. Pengguna juga perlu memastikan perkakasan telah dipasang Microsoft .Net Framework versi 3.5 sp1 ke atas dan Microsoft Silverlight sekurang-kurangnya versi 5.0. Walau bagaimanapun, aplikasi akan memberikan mesej pemasangan Microsoft Silverlight ini secara automatik sekiranya Microsoft Silverlight belum dipasang. Bagi pengguna yang terlibat dengan tandatangan secara digital, perisian yang diperlukan adalah perisian Leadtools, yang boleh dimuat turun secara online di laman JUPEM2U di bawah modul SPAK LS. Selain itu, pengguna juga digalakkan mempunyai PDF Reader.

Pengguna dapat mengakses modul aplikasi melalui Local Area Network (LAN) atau Internet, bergantung pada kategori pengguna. Secara umum, pengguna JUPEM mengakses modul aplikasi melalui LAN dan JUPEM Geoportal namun pengguna dari luar JUPEM sedia mengakses melalui JUPEM Geoportal (laman web rasmi JUPEM) sahaja. Capaian kepada modul-modul aplikasi dalam sistem eKadaster boleh dilakukan secara dalam talian melalui pautan berikut:
a.    Pengguna Pentadbir Tanah Negeri (Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri (PTG), Pejabat Daerah dan Tanah/Pejabat Tanah dan Jajahan (PTD/PTJ), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) Negeri dan Juruukur Tanah Berlesen (JTB)):
i.    Johor - ekadaster.jhr.jupem.gov.my
ii.    Kedah - ekadaster.kdh.jupem.gov.my
iii.    Kelantan - ekadaster.ktn.jupem.gov.my
iv.    Melaka - ekadaster.mlk.jupem.gov.my
v.    Negeri Sembilan - ekadaster.nsn.jupem.gov.my
vi.    Pahang - ekadaster.phg.jupem.gov.my
vii.    Perak - ekadaster.prk.jupem.gov.my
viii.    Perlis - ekadaster.pls.jupem.gov.my
ix.    Pulau Pinang - ekadaster.png.jupem.gov.my
x.    Selangor - ekadaster.sgr.jupem.gov.my
xi.    Terengganu - ekadaster.tgn.jupem.gov.my
xii.    W.P. Kuala Lumpur/Putrajaya - ekadaster.kul.jupem.gov.my
xiii.    W.P. Labuan - ekadaster.lbn.jupem.gov.my
b.    Pengguna-pengguna lain (Ibu Pejabat, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Ibu Pejabat, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) dan Juruukur Tanah Berlesen (JTB)) boleh mengakses melalui:
i.    ekadaster.jupem.gov.my

Pengguna disyorkan untuk mengambil langkah-langkah berikut iaitu ‘Clear Internet Temp File’, melakukan proses ‘Disk Clean-up’ dan memasang semula (reinstall) Microsoft Silverlight. Sekiranya masalah tersebut masih tidak dapat diatasi, pengguna disyorkan untuk memasang semula (reinstall) pelayan Internet Explorer versi 8 ke atas atau ‘Restore Window’ to Earlier Restore Point.

Pengguna perlu memastikan beberapa ketetapan di dalam pelayan Internet Explorer iaitu Internet Options telah ditetapkan kepada Trusted Site http://ekadaster.[statecode].jupem.gov.my/ dan ‘Turn on Pop-up Blocker’ telah di uncheck pada Privacy Tab.

Pengguna perlu menyemak semula  dan memastikan struktur folder, struktur data ASCII dan bilangan data ASCII yang dimuat naik adalah mematuhi struktur yang telah ditetapkan di dalam Pekeliling KPUP 6/2009. Pengguna juga perlu memastikan bilangan fix points di dalam fail “.tps” mencukupi dan meletakkan kod status CRM Points yang betul.

Sekiranya masalah masih berlaku,  adalah dinasihatkan supaya pengguna memuat naik data semula pada waktu yang lain disebabkan mungkin terdapat gangguan connection (komunikasi) ke SUM Server dengan pangkalan data pada waktu itu.

Ia mungkin disebabkan ada perubahan pada data NDCDB. Pengguna boleh membuat semakan nilai NDCDB daripada JUPEM2U. Sekiranya terdapat perbezaan, ambil nilai fix points NDCDB baru dan proses semula data dengan menggunakan NDCDB baru. Walau bagaimanapun sekiranya pengguna menggunakan CRM sebagai fix points, tidak perlu diproses semula.

Pengguna hendaklah rujuk fail ASCII .lst dan kenal pasti terabas yang mempunyai sisihan piawai yang besar.

Kebiasaannya perkara ini berlaku adalah disebabkan pengguna memberikan nilai fix points tidak mengikut prosidur yang sepatutnya. Fix points perlulah merentasi lot. Selain itu, fix points tambahan diperlukan khususnya jika melibatkan kawasan ukuran yang besar, kerana kawasan yang tiada fix points mungkin akan mengalami anjakan yang besar.

Antara kemungkinan berlaku pertanyaan adalah disebabkan kedudukan lot tidak berada dalam sempadan pentadbiran yang betul. Selain itu, maklumat dalam Pelan Pra-hitungan (tiga (3) American Standard Code for Information Interchange - ASCII) yang dihantar oleh Juruukur Tanah Berlesen (JTB) juga tidak sama seperti dokumen lampiran (attachment) yang dimuat naik ke dalam sistem.  Dalam masa yang sama, tiada pengesahan daripada pihak Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG)/Pejabat Daerah dan Tanah (PDT)/Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ) pada Pelan Pra-Hitungan yang dikemukakan. Terdapat juga keluasan yang tidak sama di antara Pelan Pra-Hitungan dan Pelan Hakmilik Sementara (QT). Beberapa pertanyaan yang sering kali berlaku di JUPEM negeri yang memberi impak yang besar dalam permohonan adalah seperti berikut:
i.    Kesilapan koordinat dalam Permohonan Ukur (PU) ASCII.
ii.    Tiada nombor rujukan Lembaga Juruukur Tanah (LJT)/PTG/PDT/PTJ.
iii.    Nombor PU dan nombor Pejabat Tanah (PT) tidak dicatat bagi tujuan semakan.
iv.    Surat lantikan JTB oleh tuan tanah tidak disertakan.
v.    Keluasan yang diluluskan tidak diisi sebelum Surihan Kerja Luar dilakukan.
vi.    PU yang dikemukakan tiada garisan ikatan.
vii.    Tiada endorsan pada pelan yang dikemukakan.
Sehubungan itu pengguna hendaklah menyemak dan memastikan dengan teliti sebelum memuat naik maklumat dan lampiran ke dalam sistem eKadaster.

Berkemungkinan adalah berpunca dari lesen tanda tangan digital dari Digicert Sdn. Bhd. telah tamat tempoh. Untuk makluman, sistem akan memberikan notis awal sebelum tamat tempoh lesen bagi memperingatkan pengguna untuk memperbaharui lesen tandatangan digital.