Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) Tahun 2018 telah berjaya dilangsungkan di Bangi Avenue Convention Centre (BACC) pada 22 April 2019.

Majlis yang bertemakan ‘KATS Cemerlang, Pemacu Perubahan’ telah dirasmikan oleh YB Dr. Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli. Majlis turut dihadiri oleh YB Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji, Timbalan Menteri KATS; YBhg. Datuk Zurinah binti Pawanteh, Ketua Setiausaha KATS; YBhg. Dato’ Haji Suhaimi bin Haji Mamat, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Tanah dan Sumber Asli); YBhg. Dato’ Indera Sr Mohd Noor bin Isa, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia; YBrs. Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I dan YBrs. Sr John Elvis Koh, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II.

Seramai 324 warga JUPEM yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan telah menerima APC kerana yang telah memberi pekhidmatan cemerlang sepanjang tahun 2018.

Selain itu, JUPEM juga menerima Anugerah Khas Menteri bagi Projek Penandaan dan Pengukuran Sempadan Darat Negeri dan Antarabangsa serta Peta Baru Malaysia kerana memberi sumbangan yang bermakna kepada perkhidmatan awam dan negara.