Eksesais Perkasa Waja Siri 3/2018 telah berjaya dilangsungkan pada 8 hingga 12 Oktober 2018 bertempat di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), Tanjung Malim Perak. Eksesais Perkasa Waja merupakan latihan tahunan Bahagian Geospatial  Pertahanan (BGSP) yang bertujuan untuk mengukur keupayaan BGSP di dalam memberikan perkhidmatan geospatial pertahanan dalam fasa operasi peperangan di peringkat Briged. Bagi merialisasikan tujuan tersebut, BGSP telah dibantu oleh Markas Briged Kedua Infantri yang berpangkalan di Ipoh dalam memberikan khidmat nasihat daripada aspek keperluan penugasan di medan.