Ibu Pejabat JUPEM sekali lagi telah berjaya mengekalkan pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) buat kali ke-7 bagi tahun 2017/2018. Audit Pemantauan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) yang dilaksanakan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah berlangsung pada 17 Ogos 2017 di semua zon. Selanjutnya, pihak MPC mengumumkan bahawa Ibu Pejabat JUPEM layak untuk pensijilan semula.

Syabas dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Pihak Pengurusan Tertinggi, barisan Urus Setia QE, semua Ahli Jawatankuasa Induk QE serta semua pegawai dan kakitangan Ibu Pejabat JUPEM. Semoga pensijilan ini dapat dikekalkan di masa akan datang dan membuka ruang kepada seluruh warga Ibu Pejabat JUPEM untuk mengamalkan persekitaran yang berkualiti.