Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dianugerahkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebagai Penerbit Serahan Terbanyak Bahan Perpustakaan 2017 di bawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331) – Kategori Penerbit Kerajaan sempena Seminar Sehari Bersama Penerbit 2018 yang telah diadakan di Auditorium PNM pada 21 November 2018 (Rabu). Majlis penyampaian sijil penghargaan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Nafisah binti Ahmad, Ketua Pengarah PNM kepada wakil daripada JUPEM iaitu YBrs. Sr Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman, Pengarah Ukur Bahagian (Perancangan dan Korporat).