KUALA LUMPUR, 10 Januari – Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Bahagian Geomatik dan Ukur Tanah, Pertubuhan Juruukur DiRaja Malaysia (RISM) dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) telah berjaya menganjurkan Kempen Derma Darah bertempat di Dewan Ukur JUPEM.
 
Seramai lebih kurang 120 orang penderma yang terdiri daripada warga JUPEM dan anggota Rejimen Askar Jurutera DiRaja (RAJD) telah hadir dalam kempen ini. Secara keseluruhan, seramai 93 orang penderma telah berjaya melepasi saringan untuk menderma darah.
 
Pihak urus setia JUPEM dan RISM mengucapkan terima kasih kepada para penderma dan kakitangan PDN yang diketuai oleh Dr. Raudah di atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan kempen ini.