Dimaklumkan bahawa Bahagian Perancangan dan Korporat, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) akan menganjurkan Kursus Pra Persaraan pada 26 dan 27 Februari 2019 di Dewan Ukur, Ibu Pejabat JUPEM, Kuala Lumpur. Peserta kursus berkenaan terdiri dari bakal-bakal pesara dari Bahagian dan JUPEM Negeri yang akan bersara pada tahun 2019 dan sebahagian dari tahun berikutnya. Penganjuran kursus bertujuan untuk memberi persediaan kepada bakal pesara Jabatan mengenai jenis-jenis persaraan,panduan persediaan dokumen-dokumen dan kefahaman pengiraan faedah persaraan.