Dimaklumkan bahawa Jabatan akan melaksanakan Laluan Kemajuan Kerjaya Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert – SME) dan ingin mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengemukakan permohonan tersebut kepada Bahagian Khidmat Pengurusan, Ibu Pejabat Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia selewat-lewatnya pada 31 Januari 2019 (Khamis).

Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan iklan Permohonan Kemasukan ke Laluan Kemajuan Kerjaya Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert – SME) untuk makluman dan rujukan YBrs. Dr./Tuan/Puan jua.

Perhatian dan kerjasama YBrs. Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai.
sebutharga