YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Muhammad Tengku Fauzi bin Tengku Ibrahim, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan (AKS OLP) telah mengadakan lawatan ulung ke Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP) pada 7 November 2018 sempena mengambil alih jawatan sebagai AKS OLP pada 31 Oktober 2018 yang lalu. Kehadiran beliau telah disambut oleh YBhg. Brig. Jen. Sr Dr. Mohd Zambri bin Mohamad Rabab, Pengarah BGSP bersama pegawai-pegawai BGSP di Bangunan CAMS, Ibu Pejabat JUPEM, Kuala Lumpur.

Dalam siri lawatan tersebut, YBhg. AKS OLP telah diberi taklimat dan demonstrasi bagi melihat keupayaan pengurusan dan perkhidmatan geospatial pertahanan melalui Defence Geospatial Information Management (DGIM) di Bilik Operasi Geospatial Pertahanan. Perkhidmatan portal/web service BGSP ini diwujudkan bagi memberi perkongsian maklumat geospatial pertahanan kepada pengguna ATM dan agensi keselamatan yang menggunakan konsep sharing responsibilities. Delegasi lawatan juga dibawa melawat ke pameran Unmanned Aerial Vehicle (UAV) yang digunakan oleh BGSP bagi tujuan pemetaan dan pengawasan.