KUALA LUMPUR, 10 Januari – Majlis Amanat Tahun Baharu 2019 telah diadakan di Dewan Ukur JUPEM, Kuala Lumpur. Seramai hampir 300 orang pegawai dan kakitangan JUPEM termasuk pegawai-pegawai kader JUPEM dari pelbagai jabatan/agensi dan wakil-wakil Majlis Bersama Jabatan (MBJ) telah hadir bagi mendengar amanat yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sr Mohd Noor bin Isa, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia.

Bersempena majlis tersebut, YBhg. Dato’ Sr Mohd Noor bin Isa turut memberi sumbangan kepada 100 murid-murid sekolah yang kurang berkemampuan.