Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) berkaitan perkongsian maklumat geospatial telah diadakan pada 27 November 2018 (Selasa) di Bangunan Dewan Seminar, Tingkat 2, Ibu Pejabat MPK, Kuantan.

Memorandum ini telah ditandatangani oleh YBhg. Dato’ Sr Mohd Noor bin Isa, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dan YBhg. Dato’ Hj. Fadzilla bin Hj. Salleh, Yang DiPertua MPK.

Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sr Hj. Mohammad Yunus bin Md. Yusof, Pengarah Ukur dan Pemetaan Pahang; YBrs. Sr Ahmad Azman bin Ghazali, Pengarah Ukur Bahagian (Dasar dan Penyelarasan Pemetaan); Brig. Jen. Sr Dr. Mohd Zambri bin Mohamad Rabab, Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan; Sr Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman, Pengarah Ukur Bahagian (Perancangan dan Korporat) serta pegawai-pegawai kanan JUPEM.