Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) berkaitan perkongsian maklumat geospatial telah diadakan pada 23 November 2018 (Jumaat) di Bilik Pameran, Dewan MPS, Seremban.

Memorandum ini telah ditandatangani oleh YBhg. Dato’ Sr Mohd Noor bin Isa, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dan YBhg. Dato’ Hj. Zazali bin Salehudin, Yang Dipertua MPS.

Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Sr Dr. Zainal bin A. Majeed, Pengarah Ukur dan Pemetaan Selangor; Brig. Jen. Sr Dr. Mohd Zambri bin Mohamad Rabab, Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan; Sr Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman, Pengarah Ukur Bahagian (Perancangan dan Korporat); Sr Bernard Sia Siew Fang, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Sembilan serta pegawai JUPEM.