Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas oleh YBhg. Dato’ Indera Sr Mohd Noor bin Isa, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia kepada YBrs. Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I telah berlangsung di Bilik Persidangan Tingkat 15, Wisma JUPEM pada 30 April 2019 yang turut dihadiri oleh YBrs. Sr John Elvis Koh, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II dan semua Pengarah Ukur Bahagian/Pengarah Bahagian/Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri serta pegawai-pegawai kanan di Ibu Pejabat JUPEM.

Majlis diakhiri dengan sesi mengetik kad perakam waktu buat kali terakhir YBhg. Dato’ Indera Sr Mohd noor bin Isa di Lobi Wisma JUPEM.