PUTRAJAYA, 20 Nov: Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada hari ini. Majlis yang disempurnakan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut dihadiri oleh Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim; Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa. Pihak JUPEM turut menghantar 50 peserta bagi mengimarahkan majlis sambutan tersebut.

Bersempena majlis tersebut, YBrs. Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Pengarah Ukur Bahagian (Ehwal Persempadanan) turut dipilih menerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M yang telah disampaikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Penganugerahan itu berdasarkan sumbangan besar dalam memartabatkan syiar Islam di peringkat kebangsaan dan global yang diiktiraf oleh pelbagai pihak.