Adalah dimaklumkan JUPEM akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan  sistem eBiz JUPEM Geoportal bagi menaiktaraf kepada Versi 2.0 (Baharu). Oleh yang demikian, perkhidmatan sistem eBiz JUPEM Geoportal tidak dapat dicapai bermula 1 Mac 2019 (Jumaat), dari jam 6.00 petang sehingga 4 Mac 2019 (Isnin), jam 6.00 pagi.

Sehubungan dengan itu, tuan/puan dinasihatkan untuk membuat urusan/ transaksi berkaitan sistem eBiz sebelum tarikh/masa yang dinyatakan di atas bagi mengelakkan sebarang masalah.

Sistem eBiz JUPEM Geoportal Versi 2.0 dijangka akan mula beroperasi dan boleh dicapai melalui pautan https://ebiz.jupem.gov.my/ pada 4 Mac 2019, mulai jam 8.00 pagi.

Sebarang pertanyaan/ aduan boleh dikemukakan kepada :

Puan Norazura Binti Abd Rahim
norazura@jupem.gov.my
(03 2617 0885)

Cik Roziana Ramlee
roziana.ramlee@jupem.gov.my
(03 2617 0631)

Encik Mohamed Badhushah bin Mohamed Shariff
badhushah@jupem.gov.my
(03 2617 0631)