Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan

maulidurrasul
  JUPEM telah menyertai Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1439H/2017M di Masjid Wilayah Persekutuan pada 30 November 2017. JUPEM telah menghantar seramai 100 kakitangan yang terdiri daripada 79 orang lelaki dan 21 orang wanita.
 

MAJLIS JASAMU DIKENANG

Jasamu Dikenang
  Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dengan kerjasama Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang bertempat di Dewan Prima LJT, Wisma LJT, Kuala Lumpur pada 28 November 2017 sempena persaraan YBrs. Sr Dr. Teng Chee Hua, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II dan Puan Hasidah binti Baharuddin, mantan Pengarah Ukur Seksyen (Data Geospatial), Bahagian Kartografi dan GIS. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Sr Mohd Noor bin Isa, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dan semua Pengarah Ukur Bahagian/ Pengarah Bahagian/ Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri serta pegawai-pegawai kanan JUPEM.