Atlas merupakan suatu kompilasi peta yang menunjukkan data spatial sesebuah negara yang komprehensif dan sesuai untuk menjadi rujukan dalam bidang pendidikan, perancangan, kajian saintifik dan pelancongan. Maklumat yang dipaparkan tidak terhad kepada maklumat geografi dan infrastruktur sahaja malah mencakupi alam sekitar, konflik sosial dan sebagainya.

Atlas Kebangsaan  Malaysia mengandungi sepuluh (10) tema utama yang terdiri daripada Pengenalan, Sejarah, Sempadan, Iklim, Fizikal, Sumber Asli, Guna Tanah, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Sosioekonomi serta Pelancongan. Atlas Kebangsaan Malaysia terdiri daripada 260 muka surat serta mengandungi 10 tema dan 56 sub-tema.

Atlas Kebangsaan Malaysia yang diterbitkan dalam bentuk cetak dan digital memaparkan peta-peta yang menarik, teks, foto dan maklumat statistik bagi tema Pengenalan, Sejarah, Sempadan, Iklim, Fizikal, Sumber Asli, Guna Tanah, Sosioekonomi, Pelancongan dan Infrastruktur.

Atlas Kebangsaan Malaysia memaparkan koleksi peta-peta tematik pilihan, teks, foto dan maklumat statistik yang disusun secara infografik dan kontemporari yang menjadikan buku ini lebih menarik dengan tujuan meningkatkan minat masyarakat untuk menghayati dan menghargai setiap aspek peta.

Atlas Kebangsaan Malaysia boleh juga dijadikan bahan bacaan bagi pelajar-pelajar sekolah terutamanya sekolah rendah dan menengah rendah. Disamping itu juga, maklumat yang dipaparkan dan teknik penyediaannya boleh menarik minat pelajar-pelajar berkenaan untuk mendalami bidang geospatial dan kartografi.

Atlas Kebangsaan dijual dengan harga RM250 senaskah.