Data Graviti.
Data graviti dicerap oleh JUPEM untuk dua tujuan utama:

  • Untuk menghitung pembetulan ortometrik bagi tujuan jaringan ukur aras jitu
  • Untuk menghitung geoid tempatan dan menghasilkan model geoid gravimetrik.

  • Jaringan Graviti Kelas Pertama mempunyai ketepatan 0.03 mGal. Data ini diukur dengan menggunakan alat gravimeter relatif berkejituan tinggi di sepanjang laluan ukur aras jitu pada sela 15† 30 km di mana ianya dirujukkan kepada nilai graviti mutlak IGSN71 Universiti Malaya.
  • Jaringan Graviti Kelas Kedua mempunyai ketepatan 0.05 mGal. Data ini diukur di sepanjang laluan ukur aras pada sela 1† 5 km dengan menggunakan alat gravimeter relatif berkejituan tinggi dan dirujuk kepada Jaringan Graviti Kelas Pertama.
  • Graviti Kelas Ketiga mempunyai ketepatan 0.1 mGal. Data ini diukur dengan cara pemadatan daripada Jaringan Graviti Kelas Kedua pada 5 km grid

Pelbagai.
Malaysia.
RM 12.00 setiap stesen.