Hitungan Ketinggian Geoid.
Model Geoid Malaysia iaitu MyGEOID mengandungi dua model asas iaitu WMGEOID04 di Semenanjung Malaysia dan EMGEOID05 di Sabah dan Sarawak. Model geoid ini dihasilkan daripada gabungan data geoid gravimetri dan ketinggian ellipsoid GPS di atas tanda aras (Bench Marks). Oleh itu, nilai-nilai ini boleh digunakan dengan ukuran GPS untuk mendapatkan ketinggian atas aras purata laut (ketinggian aras) secara terus tanpa memerlukan sebarang pertukaran atau transformasi.

MYGEOID diperolehi dengan kaedah FFT melalui downward continuation terhadap data graviti udara bebas pada aras kosong dan kemudian direstore kesan geoid RTM dan spherical harmonic.Ia menggunakan data bawaan udara dan terestrial yang terkini dengan jumlah 960 x 1080 titik di Semenanjung Malaysia dan 1080 x 1680 titik di Sabah dan Sarawak.

WMGEOID04 dan EMGEOID05 mengandungi data bergrid 1x 1(lebih kurang 1.8km) pisahan geoid-ellipsoid (nilai N) yang relatif kepada ellipsoid Aras Laut Purata Tempatan.

Perkhidmatan hitungan ketinggian geoid dibekalkan bagi membolehkan pelanggan memasukkan data koordinat WGS84 bagi titik-tikik di mana ketinggian geoid dikehendaki. Pemprosesan secara batch juga boleh dijalankan dengan menyediakan fail data mengikut format yang ditetapkan.

2004/2005
Malaysia.
RM 3.00 setiap titik.
Boleh diperolehi dari Pusat-pusat Maklumat dan Jualan Data Geospatial JUPEM di seluruh negara atau secara atas talian melalui E-Biz JUPEM Geoportal.