Lembar Piawai.

Lembar Piawai yang juga dikenali sebagai Peta Kadaster disediakan mengikut format dan skala yang telah ditetapkan oleh Jabatan. Ianya menunjukkan sempadan lot-lot daripada Pelan Akui yang telah diluluskan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri.

Ciri-ciri yang ditunjukkan adalah sempadan antarabangsa, negeri, daerah, mukim dan lot dalam pelbagai skala seperti 4 rantai dan 8 rantai. Maklumat-maklumat seperti sempadan pentadbiran, nombor Pelan Akui dan nombor lot juga dipaparkan mengikut kesesuaian persembahan. Lembar Piawai adalah dalam unjuran Cassini Soldner dan boleh diperolehi dalam bentuk berdigit dan juga bercetak. Format bagi Lembar Piawai berdigit boleh diperolehi dalam format Shapefile.

Terkini.
Semua JUPEM Negeri.
Berdasarkan kepada Jenis Perkhidmatan dan Kadar yang ditetapkan.
Boleh diperolehi dari Pusat-pusat Maklumat dan JualanData Geospatial JUPEM di seluruh negara atau secara atas talian melalui E-Biz JUPEM Geoportal.