Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK).

Lot Kadaster Berdigit daripada Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK) merupakan pangkalan data ukur berdigit bagi lot-lot tanah yang telah diukur halus. Ciri-ciri yang ditunjukkan adalah lot, sempadan lot dan batu sempadan dalam unjuran Cassini Soldner. Maklumat berkaitan dengan lot seperti nombor lot, keluasan lot, bearing, jarak sempadan dan sebagainya juga boleh diperolehi. Format lot kadaster berdigit boleh diperolehi dalam format Shapefile.
Semua JUPEM Negeri.
Berdasarkan kepada Jenis Perkhidmatan dan Kadar yang ditetapkan.
Boleh diperolehi dari Pusat-Pusat Maklumat dan Jualan Data Geospatial JUPEM di seluruh negara atau secara atas talian melalui E-Biz JUPEM Geoportal.
Pangkalan Data Ukur Kadaster Berdigit Kebangsaan / National Digital Cadastral Database (NDCDB).

Lot Kadaster Berdigit daripada Pangkalan Data Ukur Kadaster Berdigit Kebangsaan (NDCDB) merupakan pangkalan data ukur berdigit bagi lot-lot tanah yang telah diukur halus. Ciri-ciri yang ditunjukkan adalah lot, sempadan lot dan batu sempadan dalam unjuran Cassini Geocentric. Maklumat berkaitan dengan lot seperti nombor lot, keluasan lot, bearing, jarak sempadan dan sebagainya juga boleh diperolehi. Format lot kadaster berdigit boleh diperolehi dalam format Shapefile.
Semua JUPEM Negeri.
Berdasarkan kepada Jenis Perkhidmatan dan Kadar yang ditetapkan.
Boleh diperolehi dari Pusat-Pusat Maklumat dan Jualan Data Geospatial JUPEM di seluruh negara atau secara atas talian melalui E-Biz JUPEM Geoportal.