Parameter Transformasi Koordinat.
Transfomasi koordinat adalah merupakan satu proses penukaran sistem koordinat atau datum dari satu sistem rujukan ke satu sistem rujukan yang lain. JUPEM telah menghasilkan beberapa set parameter transformasi bagi menghubungkaitkan semua sistem koordinat yang terdapat di Malaysia.
Parameter transformasi yang digunakan adalah dihitung berasaskan stesen-stesen kawalan yang mempunyai koordinat dari pelbagai datum. Hitungan adalah berasaskan pelarasan punca ganda dua terkecil (PGDT) dengan pelbagai model matematik yang diakui oleh komuniti geodetik di seluruh dunia. Terdapat empat belas (14) set parameter transformasi yang dihasilkan oleh JUPEM seperti disenaraikan di bawah:

  • GDM2000 kepada GDM2000 (2008)
  • GDM2000 kepada EMGSN97
  • GDM2000 kepada MRT48
  • GDM2000 kepada MRT48
  • GDM2000 kepada BT68 (Sarawak)
  • GDM2000 kepada MRSOGDM
  • GDM2000 kepada BRSOGDM
  • GDM2000 kepada CassiniGDM
  • PMGSN94 kepada MRT48
  • EMGSN97 kepada BT68 (Sabah)
  • EMGSN97 kepada BT68 (Sarawak)
  • MRT48 kepada MRSO
  • BT68 kepada BRSO
  • MRSO kepada Cassini

2005
Malaysia.

  • Transformasi Koordinat : RM4.00 bagi satu stesen
  • Parameter Transformasi Koordinat : RM160.00 bagi satu set

Boleh diperolehi dari Pusat-pusat Maklumat dan JualanData Geospatial JUPEM di seluruh negara atau secara atas talian melalui E-Biz JUPEM Geoportal.