BIL PERKARA KETERANGAN
Perkhidmatan Melapik Peta
1 Menggunakan Kain Melapik dengan kain merupakan satu proses melekatkan lembar peta pada sehelai kain belacu dengan menggunakan gam. Bahagian belakang peta digamkan kepada kain belacu supaya peta tersebut menjadi tahan koyak dan sesuai untuk digantung.
2 Menggunakan Plastik Melapik peta dengan plastik merupakan satu proses melapik permukaan lembar peta dengan lapisan plastik nipis. Lapisan plastik tersebut akan mencegah peta daripada kotoran atau bahan berair. Peta yang telah dilapik dengan lapisan plastik adalah sesuai untuk dilekatkan ke dinding bagi tujuan paparan.
Lain-Lain Perkhidmatan
1 Memasang Kayu Gantung Memasang bingkai kayu merupakan satu proses di mana peta yang telah dilapik dengan kain belacu atau plastik dipasang kayu bingkai di bahagian atas dan bawahnya supaya apabila digantung pada dinding ia menjadi lurus dan kelihatan menarik.