Peta Geoidal.
MYGEOID diperolehi dengan kaedah FFT melalui downward continuation terhadap data graviti udara bebas pada aras kosong dan kemudian di restore kesan geoid RTM dan spherical harmonic. Ia menggunakan data bawaan udara dan terestrial yang terkini dengan jumlah 960 x 1080 titik di Semenanjung Malaysia dan 1080 x 1680 titik di Sabah dan Sarawak.

MyGEOID boleh dibekalkan dalam dua bentuk iaitu:

  • Peta Geoid berasingan dalam saiz Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, Sabah atau Sarawak.
  • Peta Geoid dalam saiz peta topografi (30 km x 30 km) L7030 atau T738.

2004/2005

  • Ketinggian Geoid : RM3.00 per titik
  • Satu lembar berliputan 30kmx30km : RM250.00 per lembar
  • Semenanjung Malaysia : RM20,000.00 per set
  • Sabah : RM10,000.00 per set
  • Sarawak : RM10,000.00 per set
  • Wilayah Persekutuan Labuan : RM250.00 per lembar

  • Untuk satu (1) titik:
    • Id stesen/latitud/longitud/ketinggian(Ellipsoidal/MSL) – (perpuluhan darjah)
    • Id stesen/latitud/longitud/ketinggian(Ellipsoidal/MSL) – (darjah, minit, saat)
    • Id stesen / X / Y / Z (meter)
    • Id stesen / N / E / Ketinggian (General UTM dalam meter)
  • Untuk satu lembar peta (30km x 30km):
    • Koordinat tengah kawasan yang dipilih (WGS84)

Boleh diperolehi dari Pusat-pusat Maklumat dan JualanData Geospatial JUPEM di seluruh negara atau secara atas talian melalui E-Biz JUPEM Geoportal.