Peta Laporan Malaysia (1:4,500,000) – No. Siri Malaysia Report Map

Peta jenis politikal (pentadbiran) berwarna yang meliputi kawasan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Ciri-ciri seperti sempadan antarabangsa, sempadan negeri ditunjukkan mengikut simbol-simbol tertentu. Walaubagaimanapun maklumat -maklumat yang terdapat di peta ini adalah maklumat lama dan tidak dikemaskini.
  • Peta Bercetak : 1
  • Data Vektor : 1
  • Peta Imbasan : 1

Peta Laporan Sabah (1:1 250 000) – No. Siri Rampaian 80

Peta politikal (pentadbiran) berwarna yang meliputi kawasan Negeri Sabah.
Ciri-ciri maklumat seperti sempadan bahagian, negeri dan antarabangsa ditunjukkan. Maklumat di peta ini tidak dikemaskini dan penerbitannya telah dihentikan.
  • Peta Bercetak : 1
  • Data Vektor : 1
  • Peta Imbasan : 1

Peta Sabah (1: 500 000) – No. Siri Rampaian 37

Peta jenis fizikal yang menunjukkan kawasan rupa muka bumi dengan susunan warna yang membezakan tinggi relief.
Ciri-ciri seperti sempadan antarabangsa, negeri, daerah serta maklumat-maklumat seperti jalan raya, jalan keretapi, sungai, nama bandar dan kampung ditunjukkan mengikut simbol-simbol tertentu.
  • Peta Bercetak : 1
  • Data Vektor : 1
  • Peta Imbasan : 1

Peta Politikal Malaysia (1:760 000) – No. Siri Rampaian 45

Peta jenis politikal (pentadbiran) yang berwarna penuh yang menunjukkan perbezaan warna bagi setiap negeri dan digantikan dengan Siri DNMM 2001 pada skala 1:750 000.

Ciri-ciri seperti sempadan antarabangsa, negeri , daerah serta maklumat-maklumat seperti jalan raya, jalan keretapi, sungai , nama bandar dan kampung ditunjukkan mengikut simbol-simbol tertentu.
  • Peta Bercetak : 2
  • Data Vektor : 2
  • Peta Imbasan : 2

Peta Sempadan Perairan Pelantar Benua Malaysia (1:1 500 000) – No. Siri Rampaian 97

Peta yang menunjukkan sempadan perairan dan pelantar benua bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Ciri-ciri maklumat seperti titik kedalaman, kordinit sempadan pelantar benua, sempadan antarabangsa, sempadan perairan wilayah ditunjukkan dengan menggunakan warna dan simbol yang tertentu.
  • Peta Bercetak : 1
  • Data Vektor : 1
  • Peta Imbasan : 1

Peta Jalanraya Negeri-Negeri Semenanjung Malaysia

Peta Jalan raya Negeri-Negeri Semenanjung Malaysia (pelbagai skala) – No. Siri DNMM9001

Peta jalan raya yang meliputi semua negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dalam pelbagai skala.
  • Peta Bercetak : 0
  • Data Vektor : 0
  • Peta Imbasan¬†:¬†0

Peta Asia Tenggara & Pasifik Barat Daya (1:7 000 000) – No. Siri Rampaian 134

Peta ini menunjukkan kawasan negara-negara Asia Tenggara dan Asia Barat Daya.

Maklumat-maklumat seperti jalan utama, keretapi dan ciri-ciri hidrografi ditunjukkan. Nama-nama negara, negeri, pulau-pulau dan nama ciri hidrografi ditunjukkan juga. Warna digunakan untuk membezakan antara satu negara dengan negara yang lain. Saiz format peta adalah 105 x 75 cm. Walaubagaimanapun maklumat-maklumat di peta ini tidak dikemaskini dan penerbitannya telah dihentikan. Penerbitan dan pengemaskinian peta ini telah diambilalih oleh pihak UNGEGN.
  • Peta Bercetak : 1
  • Data Vektor : 1
  • Peta Imbasan : 1

Peta Malaysia (1:2 000 000) – No. Siri 1208

Peta siri ini telah digantikan dengan siri DNMM 1001.

Ciri-ciri maklumat seperti sempadan antarabangsa, sempadan negeri, jalan utama, keretapi dan sungai utama, bandar, pekan dan kawasan penempatan ditunjukkan dengan simbol dan warna tertentu. Saiz format peta adalah 10350mm x 350mm.
  • Peta Bercetak : 1
  • Data Vektor : 1
  • Peta Imbasan : 1

Peta Laporan Jalan Wilayah Persekutuan (1:10 000) – No. Siri Rampaian 82

Dalam Pembinaan.

-Tiada Maklumat-
  • Peta Bercetak : 1
  • Data Vektor : 1
  • Peta Imbasan : 1