Peta Negeri DNMM 9101 (Pelbagai skala) – diganti dengan Siri MY 90005R/MY91005R mulai tahun 2012.
Peta jenis politikal (pentadbiran) berwarna bagi setiap negeri di Malaysia. Peta-peta yang diterbitkan menunjukkan perbezaan warna untuk setiap daerah kecuali Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang ditunjuk dengan perbezaan warna untuk mukim. Negeri-negeri yang besar seperti Johor, Pahang, Selangor, Perak, dan Kedah peta ini dicetak kepada dua (2) lembar peta.

Ciri-ciri seperti sempadan antarabangsa, negeri, daerah dan mukim ditunjukkan. Perbezaan warna ditunjukkan bagi setiap daerah di negeri berkenaan. Maklumat-maklumat seperti jalan raya dikelaskan mengikut hirarki kepentingan, jalan keretapi, sungai , nama bandar dan kampung ditunjukkan mengikut simbol-simbol tertentu.

Saiz format peta adalah pelbagai.

Peta Daerah Siri SIRI MY 90001R dan MY91001R (Pelbagai skala)
Peta yang menunjukkan daerah bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak yang dipersembahkan dalam pelbagai skala daripada 1:25,000 sehingga 1:200,000 mengikut keluasan daerah berkenaan.

Antara maklumat yang dipaparkan adalah termasuk jalan yang dikelaskan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), jalan keretapi dan sungai. Kawasan pentadbiran seperti mukim, pekan, bandar dan daerah kecil dipersembahkan dalam warna yang berbeza dan dianotasikan. Lain-lain maklumat seperti balai polis, hospital, bangunan kerajaan, sekolah dan kemudahan lain ditunjukkan sebagai simbol tematik mengikut lokasinya.

Kawasan penting melibatkan sebahagian ibu daerah ditandakan dengan kotak garisan putus di peta utama dan dibuatkan peta inset dalam skala yang besar. Maklumat jalan, bangunan kediaman dan pentadbiran serta kemudahan lain yang lebih terperinci ditunjukkan dalam bentuk simbol tematik dan dianotasikan.

Rujuk Katalog MY90001R dan MY91001R
Peta Pengangkutan Negeri-Negeri Siri DNMM 9001 (Pelbagai skala)
Peta yang berformat kecil yang memaparkan jarak-jarak dalam kilometer bagi setiap negeri di Malaysia.
Maklumat seperti nombor jalan, jarak dari satu simpang ke simpang yang lain ditunjukkan bagi setiap jalan. Jadual jarak dari satu bandar ke bandar lain ditunjukkan bagi kegunaan pengguna. Hanya nama-nama pekan dan kampung penting sahaja yang ditunjukkan.

Saiz format peta adalah pelbagai.

Peta Malaysia (Politikal) siri DNMM 2001 (Skala 1:750 000)
Peta jenis politikal (pentadbiran) yang berwarna penuh yang menunjukkan perbezaan warna bagi setiap negeri.

Ciri-ciri seperti sempadan antarabangsa, negeri , daerah serta maklumat-maklumat seperti jalan raya, jalan keretapi, sungai , nama bandar dan kampung ditunjukkan mengikut simbol-simbol tertentu.

Saiz format peta adalah sperti berikut:

  • Lembar 1 : 172 sm x 87.5 sm (Semenanjung Malaysia)
  • Lembar 2 : 283 sm x 100 sm (Sarawak)
  • Lembar 3 : 383 sm x 100 sm (Sabah)

Peta Malaysia (Fizikal) Siri 1307 (Skala 1:750 000)
Peta jenis fizikal berwarna yang menunjukkan relief dalam bentuk lapisan tinta.

Ciri-ciri sempadan seperti antarabangsa, negeri dan bahagian ditunjukkan. Maklumat seperti jalan,keretapi, sungai, nama bandar, pekan dan kampung ditunjukkan menggunakan simbol tertentu.

Saiz format peta adalah sperti berikut:

  • Lembar 1 : 172 sm x 87.5 sm (Semenanjung Malaysia)
  • Lembar 2 : 283 sm x 100 sm (Sarawak)
  • Lembar 3 : 383 sm x 100 sm (Sabah)

Peta Malaysia Siri DNMM 1001 (Skala 1:2 000 000)
Peta ini terdiri dari Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak yang diterbitkan dalam dalam satu lembar.

Maklumat mengenai sempadan antarbangsa, negeri dan jajahan Sabah dan Sarawak ditunjukkan. Ciri-ciri maklumat seperti jalan, jalan keretapi, sungai, nama bandar dan kampung ditunjukkan dengan menggunak simbol yang tertentu.

Jumlah lembar : 1