Liputan Semenanjung Malaysia

Peta Topografi Terhad 1:50 000 Semenanjung Malaysia – Siri No L7030
Peta versi terhad berskala 1:50 000 merangkumi kawasan pemetaan Semenanjung Malaysia sahaja. Peta ini berwarna penuh menunjukkan butiran-butiran buatan, tumbuhan dan tanaman, hidrografi dan relief dengan anotasi.

Butiran-butiran buatan yang ditunjukkan adalah termasuk lebuhraya dan jalan raya, jalan kereta api, bangunan dan sempadan. Lebuhraya dan Jalan Raya dikelaskan kepada berkembar atau tunggal, tidak berturap, laluan pejalan kaki dan jalan sedang dibina. Sempadan ditunjukkan mengikut keutamaan dimulakan dengan sempadan antarabangsa, negeri, bahagian, daerah, mukim dan rizab. Relief digambarkan dengan garis kontur berskala 20 meter dan ukur ketinggian dalam meter. Tumbuhan dan tanaman, bandar dan kawasan tepubina ditunjukkan dengan simbol tertentu. Ciri hidrografi juga ditunjukkan. Unjuran digunakan adalah Bentuk Benar Serong Ditepati dan grid Bentuk Benar Serong Ditepati (Meter).
  • Peta Bercetak : 177
  • Data Vektor : 177
  • Peta Imbasan : 177

Peta Topografi Terhad 1:3000 – 12 500 Peta Bandar Semenanjung Malaysia – Siri No L905
Peta versi terhad yang berskala 1:3 000, 1:5 000, 1:7 500, 1:10 000, 1:12 500 dan pemetaan hanya merangkumi kawasan Bandar-bandar di Semenanjung Malaysia sahaja. Peta ini berskala besar, berwarna penuh, menunjukkan relief, pengelasan kawasan dan ciri-ciri semulajadi atau buatan dengan anotasi.

Ciri–ciri yang ditunjukkan adalah sempadan antarabangsa, negeri, daerah, mukim, rizab dan sempadan tumbuh-tumbuhan. Relief digambarkan dengan garis kontur bersela 5 meter, ukur tinggi dalam ukuran meter. Jalan dikelaskan kepada jalan terus, jalan kembar, jalan tunggal, berturap dan tidak berturap, lorong boleh berkereta motor dan lorong kaki. Jalan dianotasi. Jalan keretapi; bangunan ditunjukkan dengan simbol dan nama-nama tertentu, susunan warna digunakan untuk membezakan jenis bangunan. Tumbuh-tumbuhan ditunjukkan dengan simbol dan ciri hidrografi juga ditunjukkan. Menggunakan unjuran Bentuk Benar Serong Ditepati (Malaya) dan grid BBST-meter. Peta siri ini dihasilkan dengan kaedah digital.
  • Peta Bercetak : 137
  • Data Vektor : 137
  • Peta Imbasan : 137

Liputan Putrajaya

Peta Utiliti Terhad berskala 1:500 bagi Kawasan Putrajaya – No Siri MY901U
Peta Utiliti versi Terhad pada skala 1:500 hanya meliputi jalan-jalan utama kawasan di putrajaya. Peta ini diterbitkan bagi menunjukkan butiran-btuiran utiliti, butiran semulajadi dan anotasi utiliti berdasarkan warna yang tertentu.

Butiran utiliti terdiri dari pepasangan utiliti bawah tanah seperti kabel elektrik, kabel telekomunikasi paip gas asli , paip air dan paip pembentungan. Sementara itu, butiran buatan terdiri dari sempadan, lot-lot kadaster, bangunan, pengangkutan, hidrografi, kemudahan awam dan lain-lain. Unjuran yang digunakan adalah Bentuk Benar Serong ditepati (BBST) berdasarkan kepada Datum Geosentrik Malaysia 2000 (GDM2000). Peta ini diterbitkan dengan kaedah digital.
  • 316 lembar meliputi jalan-jalan utama di Putrajaya

Liputan Lembah Klang

Peta Topografi Terhad 1:10 000 Klang Valley- Siri No. L808
Peta versi terhad yang berskala 1:10 000 hanya merangkumi kawasan Perbandaran Kuala Lumpur dan kawasan persekitarannya sahaja. Peta ini berskala besar, berwarna penuh, menunjukkan relief, pengelasan kawasan dan butiran-butiran semulajadi atau buatan dengan anotasi.

Butiran-butiran yang ditunjukkan adalah sempadan negeri, daerah, mukim dan rizab.Relief digambarkan dengan garis kontur bersela 5 meter. Jalan dikelaskan kepada lebuhraya kembar, jalan raya tunggal, berturap, jalan tidak berturap, lorong boleh berkereta motor, lorong kaki. Jalan dianotasi dan bangunan ditunjukkan dengan simbol dan nama-nama tertentu, susunan warna digunakan untuk membezakan jenis bangunan. Tumbuh-tumbuhan ditunjukkan dengan simbol dan ciri hidrografi juga ditunjukkan. Menggunakan unjuran Bentuk Benar Serong Ditepati dan grid BBST-meter. Peta siri ini dihasilkan dengan kaedah digital.
  • Peta Bercetak : 45
  • Data Vektor : 45
  • Peta Imbasan : 45

Liputan Sabah dan Sarawak

Peta Topografi Terhad 1:50 000 Sabah & Sarawak – Siri No T738
Peta versi terhad yang berskala 1:50 000 dan pemetaan hanya merangkumi kawasan Sabah dan Sarawak sahaja. Peta ini berwarna penuh, menunjukkan relief, pengelasan kawasan dan ciri-ciri semulajadi atau buatan dengan anotasi.

Ciri-ciri yang ditunjukkan adalah sempadan antarabangsa, negeri, bahagian, daerah, daerah kecil, dan rizab. Relief digambarkan dengan garis kontur bersela 20 meter; ukur tinggi dalam ukuran meter. Jalan dikelaskan kepada lebuhraya kembar dan tunggal, lorong boleh berkereta motor, lorong jalan kaki dan jalan sedang dibina dan ditunjukkan jalan keretapi. Tumbuh-tumbuhan ditunjukkan dengan simbol, bandar dan kawasan tepubina ditunjukkan dengan simbol tertentu dan hidrografi juga ditunjukkan. Menggunakan unjuran Bentuk Benar Serong Ditepati dan grid BBST-meter. Peta siri ini dihasilkan dengan kaedah digital.
  • Peta Bercetak : 278
  • Data Vektor : 278
  • Peta Imbasan : 278

Peta Topografi Terhad 1:3000 – 12 500 bagi Sabah & Sarawak – No. Siri T931
Peta versi terhad yang berskala 1:3 000, 1:5 000, 1:7 500, 1:10 000, 1:12 500 dan pemetaan hanya merangkumi kawasan bandar-bandar di Sabah dan Sarawak sahaja. Peta ini berskala besar, berwarna penuh, menunjukkan relief, pengelasan kawasan dan ciri-ciri semulajadi atau buatan dengan anotasi.

Ciri-ciri yang ditunjukkan adalah sempadan antarabangsa, negeri, bahagian, daerah, daerah kecil, dan rizab. Relief digambarkan dengan garis kontur berjarak 5 meter. Ukur tinggi dalam ukuran meter. Jalan dikelaskan kepada jalan terus, jalan kembar, jalan tunggal, berturap dan tidak berturap, lorong boleh berkereta motor dan lorong kaki. Jalan dianotasi, jalan keretapi, bangunan ditunjukkan dengan simbol dan nama-nama tertentu, susunan warna yang membezakan jenis bangunan. Tumbuh-tumbuhan ditunjukkan dengan simbol dan ciri hidrografi juga ditunjukkan. Menggunakan unjuran Bentuk Benar Serong Ditepati (Borneo) dan grid BBST-meter. Peta siri ini dihasilkan dengan kaedah digital.
  • Peta Bercetak : 49
  • Data Vektor : 49
  • Peta Imbasan : 49