Liputan Semenanjung Malaysia

Peta Topografi 1:50 000 Semenanjung Malaysia – No Siri DNMM5101
Peta versi tidak terhad yang berskala 1:50 000 dan pemetaan hanya merangkumi kawasan Semenanjung Malaysia sahaja. Peta ini berwarna penuh, menunjukkan relief, pengelasan kawasan dan ciri-ciri semula jadi atau buatan dengan anotasi.

Ciri-ciri yang ditunjukkan adalah sempadan antarabangsa, negeri, daerah, mukim dan rizab. Relief digambarkan dengan garis kontur bersela 100 meter; ukur tinggi dalam ukuran meter. Jalan dikelaskan kepada lebuhraya kembar dan tunggal, lorong boleh berkereta motor, lorong jalan kaki dan jalan sedang dibina. Tumbuh-tumbuhan ditunjukkan dengan simbol, bandar dan kawasan tepubina ditunjukkan dengan simbol tertentu dan hidrografi juga ditunjukkan. Menggunakan unjuran Bentuk Benar Serong Ditepati dan grid BBST-meter. Peta siri ini dihasilkan dengan kaedah digital.

  • Peta Bercetak : 177
  • Data Vektor : 177
  • Peta Imbasan : 177

Peta Topografi 1:3000 – 12 500 Peta Bandar di Semenanjung Malaysia – No Siri DNMM8101
Peta versi tidak terhad yang berskala 1:3 000, 1:5000, 1:7500, 1:10 000, 1:12 500 dan pemetaan hanya merangkumi kawasan bandar-bandar di Semenanjung Malaysia sahaja. Peta ini berskala besar, berwarna penuh, menunjukkan relief, pengelasan kawasan dan ciri-ciri semulajadi atau buatan dengan anotasi.

Ciri-ciri yang ditunjukkan adalah sempadan antarabangsa, negeri, daerah, mukim dan rizab. Relief digambarkan dengan garis kontur bersela 25 meter, ukur tinggi dalam ukuran meter. Jalan dikelaskan kepada jalan terus, jalan kembar, jalan tunggal, berturap dan tidak berturap, lorong boleh berkereta motor dan lorong kaki. Jalan dianotasi. Jalan keretapi; bangunan ditunjukkan dengan simbol dan nama-nama tertentu, susunan warna yang membezakan jenis bangunan. Tumbuh-tumbuhan ditunjukkan dengan simbol dan ciri hidrografi juga ditunjukkan. Menggunakan unjuran Bentuk Benar Serong Ditepati. Peta siri ini dihasilkan dengan kaedah digital.

  • Peta Bercetak : 137
  • Data Vektor : 137
  • Peta Imbasan : 137

Liputan Lembah Klang

Peta Topografi 1:10 000 Lembah Kelang- No. Siri DNMM6101
Peta versi tidak terhad yang berskala 1:10 000 dan pemetaan hanya merangkumi kawasan Perbandaran Kuala Lumpur dan Kawasan Persekitarannya sahaja. Peta ini berskala besar, berwarna penuh, menunjukkan relief, pengelasan kawasan dan ciri-ciri semulajadi atau buatan dengan anotasi.

Ciri-ciri yang ditunjukkan adalah sempadan negeri, daerah, mukim dan rizab. Relief digambarkan dengan garis kontur berjarak 25 meter. Jalan dikelaskan kepada lebuhraya kembar, jalan raya tunggal, berturap, jalan tidak berturap, lorong boleh berkereta motor, lorong kaki. Jalan dianotasi dan bangunan ditunjukkan dengan simbol dan nama-nama tertentu, susunan warna yang membezakan jenis bangunan. Tumbuh-tumbuhan ditunjukkan dengan simbol dan ciri hidrografi juga ditunjukkan. Menggunakan unjuran Bentuk Benar serong Ditepati. Peta siri ini dihasilkan dengan kaedah digital.

  • Peta Bercetak : 45
  • Data Vektor : 45
  • Peta Imbasan : 45

Liputan Sabah dan Sarawak

Peta Topografi 1:50 000 Sabah & Sarawak – No. Siri DNMM5201
Peta versi tidak terhad yang berskala 1:50 000 dan pemetaan hanya merangkumi kawasan Sabah dan Sarawak sahaja. Peta ini berwarna penuh, menunjukkan relief, pengelasan kawasan dan ciri-ciri semulajadi atau buatan dengan anotasi.

Ciri-ciri yang ditunjukkan adalah sempadan antarabangsa, negeri, daerah, daerah kecil, dan rizab. Relief digambarkan dengan garis kontur berjarak 100 meter, ukur tinggi dalam ukuran meter. Jalan dikelaskan kepada lebuhraya kembar dan tunggal, lorong boleh berkereta motor, lorong jalan kaki dan jalan sedang dibina. Tumbuh-tumbuhan ditunjukkan dengan simbol, bandar dan kawasan tepubina ditunjukkan dengan simbol tertentu dan hidrografi juga ditunjukkan. Menggunakan unjuran Bentuk Benar Serong Ditepati. Peta siri ini dihasilkan dengan kaedah digital.

  • Peta Bercetak : 278
  • Data Vektor : 278
  • Peta Imbasan : 278

Peta Topografi 1:3000 – 12 500 Peta Bandar di Sabah & Sarawak – No. Siri DNMM8201
Peta versi tidak terhad yang berskala 1:3 000, 1:5 000, 1:7 500, 1:10 000, 1:12 500 dan pemetaan hanya merangkumi kawasan Bandar-bandar di Sabah dan Sarawak sahaja. Peta ini berskala besar, berwarna penuh, menunjukkan relief, pengelasan kawasan dan ciri-ciri semulajadi atau buatan dengan anotasi.

Ciri-ciri yang ditunjukkan adalah sempadan antarabangsa negeri, bahagian, daerah, daerah kecil, dan rizab.Relief digambarkan dengan garis kontur berjarak 25 meter, ukur tinggi dalam ukuran meter. Jalan dikelaskan kepada jalan terus, jalan kembar,jalan tunggal, berturap dan tidak berturap, lorong boleh berkereta motor dan lorong kaki. Jalan dianotasi. Jalan keretapi; bangunan ditunjukkan dengan simbol dan nama-nama tertentu, susunan warna yang membezakan jenis bangunan. Tumbuh-tumbuhan ditunjukkan dengan simbol dan ciri hidrografi juga ditunjukkan. Menggunakan unjuran Bentuk Benar Serong Ditepati (Borneo). Peta siri ini dihasilkan dengan kaedah digital.

  • Peta Bercetak : 49
  • Data Vektor : 49
  • Peta Imbasan : 49