Sistem penyampaian peta dan maklumat berasaskan web yang boleh diakses oleh pengguna melalui laman web JUPEM Geoportal (http://www.myemap.jupem.gov.my/webmap)
webmap

Terdapat dua (2) jenis peta yang dipaparkan dalam Peta Web iaitu Peta Negeri dan Peta Bandar. Peta Negeri  dihasilkan menggunakan skala 1:25,000 manakala Peta Bandar dihasilkan menggunakan skala 1:10,000

Membuat carian lokasi/ POI berdasarkan kepada nama tempat, jalan, bangunan serta paparan lokasi-lokasi tarikan utama (AOI) dalam bentuk Quick Time Virtual Reality (QTVR) dan juga dalam bentuk Video yang menggambarkan lokasi sebenar dengan pandangan panorama yang menarik beraudio.

Membuat navigasi dari satu tempat ke tempat yang lain (network routing). Webmap akan memaparkan laluan terpendek ke destinasi yang dipilih.

Melakukan ukuran jarak, keluasan dan buffer.

Mendapatkan koordinat butiran.

Memilih lapisan maklumat yang ingin dilihat.

Pengguna boleh melakukan pengiraan jarak dan luas serta boleh mengeksport data tersebut kepada format keyhole markup language (*.kml).

Unjuran – Peta Web telah disusun di atas Unjuran Bentuk Benar Serong Ditepati Sferoid GRS80.