Syabas dan tahniah kepada Ibu Pejabat JUPEM di atas penerimaan sijil penghargaan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kerana telah melaksanakan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) pada tahun 2016 dengan jayanya. Anugerah ini telah disampaikan oleh YB Dato Sri Dr. Hj. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar kepada YBhg. Dato’ Sr Mohd Noor bin Isa, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dalam Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan NRE pada 9 September 2017.