Tiga (3) jenis iaitu:
1. Drone lebih 20kg
2. Drone kurang 20kg untuk komersil
3. Drone kurang  20kg untuk hobi
1. Memerlukan Lesen Juruterbang (PPL) Malaysia.
2. Perlu berdaftar dengan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) (frekuensi radio dan sensor)
3. Perlu permit dari Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) jika ada sensor digunakan untuk kutipan data/penggambaran udara. (Sila rujuk soalan dan jawapan nombor 5)
1. Tidak memerlukan Lesen Juruterbang (PPL) Malaysia.
2. Perlu berdaftar dengan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
3. Perlu permit dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) jika ada sensor digunakan untuk kutipan data/penggambaran udara.
4. Perlu maklum kepada DCA untuk mendapatkan NOTAM sebelum setiap penerbangan.
1. Tidak memerlukan Lesen Juruterbang (PPL) Malaysia.
2. Tidak perlu permit dari JUPEM.
3. Perlu daftar DCA bagi tujuan keselamatan.
4. Kawasan penerbangan terhad sahaja. Tidak boleh terbang di kawasan umum atau orang ramai serta kawasan larangan.
5. Saling nampak antara pengendali dan drone.
6. Penerbangan tidak boleh melebihi 400 kaki di atas permukaan bumi.
1. Mengisi Borang PPN 130 – pindaan 1/2002 yang boleh dimuat turun melalui Portal JUPEM (http://www.jupem.gov.my/v1/wp-content/uploads/2016/06/Borang6.pdf)
2. Salinan kad pengenalan/pasport pemohon (biasanya pemilik tempat lokasi penggambaran)
3. Salinan kad pengenalan/pasport komander UAV/pengendali (jika boleh warganegara Malaysia)
4. Salinan surat pelantikan (LOA) kerja dari pemilik tempat jika gambar yang dilakukan oleh pengendali UAV.
5. Salinan passport sekiranya pengendali UAV bukan warganegara Malaysia. (perlu memohon untuk kemasukan visa professional)
6. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat/Perniagaan/Pertubuhan.
7. Semua permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan 2 minggu sebelum tarikh perancangan penerbangan.
8. Semua gambar mentah dan gambar mutakhir hendaklah diserahkan kepada JUPEM.
9. Semua dokumen perlu disediakan dalam 3 salinan untuk dimajukan ke JUPEM.
10. Permit penggambaran udara berdasarkan bilangan hari penerbangan tertakluk kepada yuran RM50/hari penerbangan. Bayaran boleh dibuat semasa menghantar dokumen kepada JUPEM.
11. Pengendali UAV mesti berdaftar dan memohon ke Sektor Pengurusan Trafik Udara, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia untuk mendapatkan NOTAM (Notice to Airmen) sebelum setiap penerbangan. (Terutamanya penerbangan tujuan pemetaan kerana ianya diterbangkan secara otomatik dan melebihi 400 kaki di atas permukaan bumi).

Semua dokumen yang lengkap perlu dikemukakan ke:

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
Bahagian Geospatial Pertahanan
Tingkat 2, Bangunan Ukur
Jalan Sultan Yahya Petra
50578 KUALA LUMPUR
(u.p.:Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan)

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh terus menghubungi Lt Kol Md Jamil Supar melalui e-mel: jamil.supar.jupem@1govuc.gov.my atau talian di 03-26170919.

Sistem Ukur Kadaster di Malaysia telah pun digunakan sejak tahun 1885 dan kini telah berusia lebih 125 tahun. Oleh itu kaedah kerja wajar dikemas kini mengikut perkembangan dan kemampuan teknologi ICT, GIS dan GNSS masa kini. Sistem eKadaster mula digunakan pada tahun 2010 sebagai langkah menambahbaikkan sistem penyampaian ukuran hakmilik tanah. Ia diguna pakai di 13 JUPEM Negeri, Juruukur Tanah Berlesen (JTB) serta Agensi-agensi Berkaitan Tanah (ABT) di seluruh Semenanjung Malaysia serta Wilayah Persekutuan Labuan.
eKadaster merupakan suatu aplikasi berasaskan web sepenuhnya. Sistem eKadaster menggunakan sistem pengoperasian Windows sahaja. Manakala paparan terbaik menggunakan Internet Explorer Versi 8 dan ke atas dengan resolusi minima 1280 x 1024. Pengguna juga perlu memastikan perkakasan telah dipasang Microsoft .Net Framework versi 3.5 sp1 ke atas dan Microsoft Silverlight sekurang-kurangnya versi 5.0. Walau bagaimanapun, aplikasi akan memberikan mesej pemasangan Microsoft Silverlight ini secara automatik sekiranya Microsoft Silverlight belum dipasang. Bagi pengguna yang terlibat dengan tandatangan secara digital, perisian yang diperlukan adalah perisian Leadtools, yang boleh dimuat turun secara online di laman JUPEM2U di bawah modul SPAK LS. Selain itu, pengguna juga digalakkan mempunyai PDF Reader.
Capaian kepada modul-modul aplikasi dalam sistem eKadaster boleh dilakukan secara atas talian melalui Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network – LAN) atau berasaskan Internet, tertakluk kepada tahap capaian pengguna. Secara umumnya, pengguna dari JUPEM boleh membuat capaian melalui LAN dan JUPEM Geoportal (laman web rasmi JUPEM). Manakala pengguna dari luar JUPEM perlu mengakses melalui JUPEM2U di JUPEM Geoportal.
Pengguna disyorkan untuk mengambil langkah-langkah berikut iaitu ‘Clear Internet Temp File’, melakukan proses ‘Disk Clean-up’ dan memasang semula (reinstall) Microsoft Silverlight. Sekiranya masalah tersebut masih tidak dapat diatasi, pengguna disyorkan untuk memasang semula (reinstall) pelayan Internet Explorer versi 8 ke atas atau ‘Restore Window’ to Earlier Restore Point.
Pengguna perlu memastikan beberapa ketetapan di dalam pelayan Internet Explorer iaitu Internet Options telah ditetapkan kepada Trusted Site http://Jupem2u.ju[statecode].gov.my dan ‘Turn on Pop-up Blocker’ telah di uncheck pada Privacy Tab.
Pengguna perlu menyemak semula  dan memastikan struktur folder, struktur data ASCII dan bilangan data ASCII yang dimuat naik adalah mematuhi struktur yang telah ditetapkan di dalam Pekeliling KPUP 6/2009. Pengguna juga perlu memastikan bilangan fix points di dalam fail “.tps” mencukupi dan meletakkan kod status CRM Points yang betul.

Sekiranya masalah masih berlaku,  adalah dinasihatkan supaya pengguna memuat naik data semula pada waktu yang lain disebabkan mungkin terdapat gangguan connection (komunikasi) ke SUM Server dengan pangkalan data pada waktu itu.

Ia mungkin disebabkan ada perubahan pada data NDCDB. Pengguna boleh membuat semakan nilai NDCDB daripada JUPEM2U. Sekiranya terdapat perbezaan, ambil nilai fix points NDCDB baru dan proses semula data dengan menggunakan NDCDB baru. Walau bagaimanapun sekiranya pengguna menggunakan CRM sebagai fix points, tidak perlu diproses semula.
Pengguna hendaklah rujuk fail ASCII .lst dan kenal pasti terabas yang mempunyai sisihan piawai yang besar.
Kebiasaannya perkara ini berlaku adalah disebabkan pengguna memberikan nilai fix points tidak mengikut prosidur yang sepatutnya. Fix points perlulah merentasi lot. Selain itu, fix points tambahan diperlukan khususnya jika melibatkan kawasan ukuran yang besar, kerana kawasan yang tiada fix points mungkin akan mengalami anjakan yang besar.
Antara kemungkinan berlaku pertanyaan adalah disebabkan kedudukan lot tidak berada dalam sempadan pentadbiran yang betul.  Selain itu, maklumat ASCII dalam Pelan Pra-hitungan juga tidak sama seperti dokumen lampiran (attachment) yang dimuat naik ke dalam sistem.  Sehubungan itu pengguna hendaklah menyemak dan memastikan dengan teliti sebelum memuat naik maklumat dan lampiran ke dalam aplikasi eKadaster.
Berkemungkinan adalah berpunca dari lesen tanda tangan digital dari Digicert Sdn. Bhd. telah tamat tempoh. Untuk makluman, sistem akan memberikan notis awal sebelum tamat tempoh lesen bagi memperingatkan pengguna untuk memperbaharui lesen tandatangan digital.
Data digital JUPEM boleh diperolehi dengan mendapatkan Lesen Hakcipta Data Ukur dan Pemetaan Berdigit terlebih dahulu dengan bayaran RM 200.00 (swasta) dan RM 100.00 (kerajaan) bagi tempoh setahun. Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan Borang PPNM-1 (Pind.1/2008) Permohonan Lesen Hakcipta/Membeli Dokumen Geospatial Terperingkat.
Fi bagi data ukur dan pemetaan ditentukan berpandu kepada: Fees(Reproduction of Maps) Order 1955, Perintah Fee dan Bayaran (Peta, Maklumat Ukur dan Reproduksi) 1991, Perintah Fee dan Royalti (Data Ukur dan Pemetaan Berdigit) 1997.
Untuk membawa data-data terperingkat ke luar negara bagi tujuan pemprosesan, Borang Undertaking by Appointed Consultant/Contractor perlu diisi.Di samping itu,seorang pegawai JUPEM perlu mengiringi data-data tersebut dan kos pegawai JUPEM hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh syarikat yang dilantik anda.
Mana-mana syarikat/agensi yang ingin mambuat kerja-kerja pengutipan/penawanan data ukur dan pemetaan perlu memohon kelulusan daripada JUPEM terlebih dahulu. Setelah data-data tersebut diproses, ia perlulah ditapis oleh JUPEM dahulu sebelum boleh digunakan.
Anda boleh memuat turut borang tersebut melalui Laman Web JUPEM, iaitu http://www.jupem.gov.my/JupemGeoportal/ atau mendapatkannya di semua kaunter setiap JUPEM Negeri dan Ibu Pejabat. Borang tersebut diberi secara percuma.
Data-data Pemetaan boleh digunakan dalam sistem navigasi setelah ia ditapis dan diluluskan oleh pihak Bahagian Geospatial Pertahanan, JUPEM. Anda perlu memulangkan semula data akhir yang telah diproses sebelum ia digunakan untuk navigasi.
Peta elektronik (e-Map) boleh didapati di Pejabat Jualan Peta Negara di Ibu Pejabat Jabatan Ukur dan Pemetaan atau di Jabatan Ukur dan Pemetaan di setiap negeri dengan harga RM10.00 seunit.
Untuk mendapatkan pekerjaan di JUPEM, sila rujuk laman web www.spa.gov.my atau www.jpa.gov.my
Akta serta Pekeliling mengenai bidang ukur boleh didapati dari laman web Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia di bawah menu Penerbitan di mana ianya disenarai mengikut tahun, tajuk dan kategori.
Peta Malaysia yang terkini boleh didapati di semua kaunter di setiap Jabatan Ukur dan Pemetaan samada di Negeri atau di Ibu Pejabat. Untuk keterangan lanjut, sila lihat Laman Web e-biz JUPEM GeoPortal pada item Produk.
Data dan maklumat mengenai JUPEM Negeri boleh didapati dari laman web JUPEM di bawah menu Link Berkaitan di mana anda boleh mendapatkan link untuk ke laman web e-biz JUPEM GeoPortal Negeri.
Rujukan bagi fotograf udara boleh dibuat di Perpustakaan Negara yang terletak di Tingkat 1, Bangunan Ukur, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Jalan Semarak, 50578 Kuala Lumpur.
Peta negeri dan juga peta Malaysia yang terkini boleh didapati di semua kaunter di setiap Jabatan Ukur dan Pemetaan samada di Negeri atau di Ibu Pejabat. Untuk keterangan lanjut, sila lihat Laman Web e-biz JUPEM GeoPortal pada item Produk.