Program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) merupakan pembentukan satu kelompok sokongan kepada pegawai dengan bimbingan daripada fasilitator terlatih. Sokongan ahli kelompok bertujuan membimbing pegawai menghadapi permasalahan sama ada dalam dunia pekerja atau peribadi.

AKRAB berkonsepkan rakan membantu rakan berteraskan asas kaunseling profesional. Pengalaman AKRAB di semua peringkat organisasi dapat mewujudkan keharmonian, keakraban, saling hormat menghormati, mengenali potensi diri serta mewujudkan budaya kerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Justeru itu, diharap AKRAB dapat bergerak dan bertindak sebagai satu pasukan bagi mencapai objektif, misi, visi dan peningkatan tahap keberkesanan serta imej organisasi.

Objektif

Menyediakan perkhidmatan membimbing bagi membantu rakan sekerja meningkatkan potensi dan kecemerlangan diri.

Visi

Menjadikan AKRAB sebagai penggerak kepada pembangunan modal insan dalam Pengurusan Sumber manusia.

Misi

Misi AKRAB di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) ialah:

  • Melaksanakan aktiviti khidmat membimbing kepada warga organisasi.
  • Membantu pegawai yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan dalam kehidupan.
  • Berperanan sebagai perantara antara pegawai dengan kaunselor dalam membuat saringan kesesuaian masalah.
  • Mewujudkan hubungan baik dengan pihak Pengurusan Sumber Manusia di JUPEM bagi memudahkan perlaksanaan aktiviti AKRAB.

Rakan sekerja merupakan faktor terpenting dalam mempengaruhi kualiti peribadi seseorang pegawai berdasarkan faktor-faktor di bawah:

  • Pegawai berasa lebih selesa berbincang dengan rakan berbanding pegawai atasan mereka;
  • Pegawai lebih mudah berbincang tentang kebimbangan peribadi dan menerima pertolongan daripada mereka;
  • Pegawai dilatih untuk memberi pertolongan yang positif dan lebih berkesan kepada rakan mereka; dan
  • Nilai dan struktur hubungan dalam organisasi akan bertambah baik dengan adanya hubungan kemanusiaan dan persaudaraan.

Matlamat penubuhan AKRAB di JUPEM ialah:

Memberi sokongan kepada perubahan

  • Pegawai memerlukan pandangan dan pendapat daripada orang lain dalam menghadapi sebarang bentuk perubahan. Oleh itu, adalah penting untuk mempunyai rakan yang berkebolehan dan berkemahiran untuk membantu menghadapi perubahan tersebut.

Meneguhkan perubahan yang dibuat

  • Perubahan tingkah laku yang dilaksanakan oleh pegawai perlu diberi peneguh dan kepastian agar perubahan tersebut berkekalan. Contohnya memberikan idea, pandangan dan dorongan.

Berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan

  • Pengalaman dan pengetahuan berharga yang dimiliki oleh pegawai boleh memberi manfaat kepada organisasi. Pelbagai idea dan pemikiran kreatif akan terhasil sekiranya ia dapat dikongsi bersama warga organisasi.

Berkongsi Permasalahan

  • Perasaan dan emosi negatif yang dipendam akan mewujudkan konflik diri pegawai. Oleh itu, ia perlu disalurkan secara positif. Justeru itu, AKRAB boleh memainkan peranan penting dalam membantu pegawai untuk meluahkan perasaan dan berkongsi pandangan serta pengalaman secara professional.

Memperkuatkan semangat dalam mengekalkan perubahan

  • AKRAB akan membantu rakan sekerja agar perubahan positif dapat dikekalkan demi kecemerlangan diri dan organisasi.

Peranan ahli AKRAB JUPEM ialah:

  • Membantu dan mengembang mengukuhkan budaya kerja cemerlang.
  • Mengukuhkan nilai kendiri
  • Mewujudkan suasana dan persekitaran kerja harmoni
  • Mewujudkan perkongsian pengetahuan, maklumat dan masalah
  • Mewujudkan kaedah penyelesaian masalah secara dalaman
  • Mewujudkan kesepakatan di kalangan rakan sejawat
  • Mewujudkan kelompok sokongan kepada pegawai yang memerlukan bantuan

Fungsi AKRAB JUPEM ialah:

  • Membantu mengenalpasti pegawai yang memerlukan bantuan dengan melihat kepada indikator seperti maklumat kehadiran, maklumat perlantikan dan laporan nilaian prestasi tahunan.
  • Melaksanakan program serta aktiviti bimbingan yang telah dirancang kepada pegawai yang dikenalpasti sesuai.
  • Meaksanaka aktiviti secara individu dan kelompok di JUPEM.