Sila log masuk
 Ingat Saya   |Lupa kata laluan.

Panduan Membuat Tempahan Bilik Latihan Ampang Park :-

  1. Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya TIGA (3) hari sebelum tarikh sebenar bengkel/latihan.
  2. Pilih TARIKH yang dikehendaki pada kalendar yang disediakan. Sila pastikan tarikh yang dipilih masih terdapat kekosongan.
  3. Pemohon hendaklah melengkapkan MAKLUMAT PERMOHONAN seperti yang diminta. Pastikan alamat emel yang dimasukkan adalah betul untuk memastikan pemohon menerima emel pengesahan daripada sistem.
  4. Klik pada butang HANTAR untuk menghantar pemohonan kepada Seksyen Pengurusan Sistem Maklumat (SPSM).
  5. Status pengesahan permohonan akan diproses dalam tempoh TIGA (3) hari waktu bekerja.
  6. Manual Borang Permohonan Online Tempahan Bilik Latihan Ampang Park.

Calendar is loading…

– Masih Kosong
 
– Ditempah
 
– Dalam Semakan

Terma dan syarat :-

  1. Pengguna adalah tertakluk kepada semua peraturan yang telah ditetapkan ketika berada di dalam bilik Latihan Ampang Park.
  2. Pemohon/ Penganjur adalah bertanggungjawab ke atas keselamatan, kekemasan dan susun atur serta kebersihan Bilik Latihan Ampang Park semasa dan selepas penggunaan.
  3. Pemohon/ Penganjur perlu memastikan semua perisian/ peralatan yang telah dipasang (install) semasa latihan MESTI di nyahpasangkan (uninstall) sebaik sahaja tamat/ selesai penggunaan.
  4. Pihak SPSM akan mempertimbangkan kelulusan permohonan tuan/puan berdasarkan kekosongan dan juga berhak membatalkan atau meminda mana-mana permohonan berdasarkan keutamaan permohonan yang telah diterima serta keperluan semasa.
  5.  Sebarang masalah sila hubungi Pegawai Penyelia Bilik Latihan Ampang Park, En Ahmad Zohde Bin Abdul Samad di talian 03-26170631 atau emel ke ahmadzohde@jupem.gov.my