Portal Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) menyediakan kemudahan untuk membantu pengguna portal yang memerlukan sedikit pengubahsuaian kepada kandungan portal ini supaya dapat dibaca dalam keadaan yang terbaik. Ini juga bertujuan untuk memenuhi matlamat W3C: Web Accessibility Initiative (WAI) yang mana untuk menjadikan portal boleh dicapai oleh Orang Kurang Upaya (OKU) dengan kemudahan yang bersesuaian. Kumpulan ikon ini berada di bahagian atas kanan Laman Portal.

1. Font Pengguna portal boleh mengubah saiz fon kepada lebih besar atau kecil mengikut kesesuaian pengguna.

2. Bagi pengguna buta warna, terdapat beberapa pilihan warna (hitam, biru, merah dan hijau). Pengguna boleh memilih warna daripada seleksi warna yang diberikan bagi menukar warna fon.

3. BG Tekan pada satu-satu ikon ini akan mengubah gambar latarbelakang kepada gambar yang telah ditetapkan.

4. bhs Portal ini menyediakan dua (2) bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Pengguna boleh mengubah bahasa dengan menekan menu dropdown bagi Bahasa Malaysia atau English bagi pilihan Bahasa Inggeris.

1. Terdapat sembilan (9) navigasi utama dalam laman Portal JUPEM seperti gambarajah di atas.

2. Pada setiap navigasi terdapat beberapa menu. Klik pada navigasi utama tersebut dan pengguna boleh memilih menu-menu berkenaan. Pengguna boleh klik pada menu tersebut dan akan memaparkan maklumat bagi laman tersebut.

Borang maklumbalas terdapat pada navigasi utama Hubungi Kami.

1. Sila masukkan : Kategori mengenai aduan (Portal Rasmi JUPEM/E-Biz), Nama, E-mel, Jenis (Pertanyaan, Komen, Cadangan, Aduan, Lain-lain) , Subjek serta Komen/Cadangan anda.

2. Tekan butang Hantar untuk menghantar Komen/Cadangan.

3. Selepas menekan butang Hantar, satu pop-up akan dikeluarkan seperti gambarajah di bawah:


4. Pihak kami akan menghantar respon kepada anda melalui email yang telah dimasukkan semasa menghantar Komen/Cadangan.

1. Jika anda telah berdaftar sebagai Pengguna Utama, anda boleh daftar masuk bagi menggunakan Aplikasi EBIZ dengan menekan butang EBIZ pada sebelah kanan di dalam laman pautan pintas portal seperti yang ditunjuk dalam gambarajah di bawah.

1. Sila pilih nama Seksyen pada menu dropdown Pilih Bahagian/Seksyen. Anda akan dipaparkan dengan direktori pegawai bagi Bahagian/Seksyen yang telah dipilih.

2. Jika anda mengetahui nama pegawai, sila masukkan nama pegawai sebagai kata kunci carian pada petak Carian Pegawai.

3. Direktori Pagawai memaparkan senarai nama pegawai, jawatan, emel, nombor telefon serta nombor faks.