1. Maklumat yang dikumpul

Tiada maklumat peribadi dikumpul semasa pengunjung melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel. Maklumat ini mungkin akan digunakan oleh jabatan/agensi awam lain untuk membantu dalam penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan pertanyaan atau aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

2. Pautan

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

3. Pertanyaan atau Aduan

Sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi ini bolehlah menghubungi kami melalui webmaster@jupem.gov.my.

4. Pindaan Dasar

Sekiranya dasar ini dipinda, pindaan akan dikemaskini di halaman ini.

5. Maklumbalas

Kami amat mengalu-alukan maklum balas dari pengunjung.