SURAT PEKELILING K.P.U. NO. 20/72 
Ukuran penentuan nombor-nombor batu sempadan atau jenis tanda sempadan apabila didapati berbeza daripada rekod-rekod asal Jabatan Ukur berkenaan pelan-pelan Juruukur Berlesen 

 
Kelulusan sesuatu pelan tidak sepatutnya ditangguhkan oleh kerana nombor atau jenis tanda sempadan didapati berbeza dari rekod-rekod asal Jabatan Ukur. Buat sementara waktu, pelan itu hendaklah diproses untuk diluluskan tetapi catitan yang sesuai handaklah dibuat dengan pensil di atas pelan itu menyatakan bahawa nombor atau jenis tanda sempadan berkenaan hendaklah ditentukan pada masa peluang yang keutamaan. 
 
2. Walau bagaimana pun sebelum tindakan Pejabat diambil untuk menentukan tanda-tanda sempadan berkenaan, Juruukur Berlesen hendaklah diberitahu terlebih dahulu supaya membolehkan beliau menyatakan samada beliau sendiri hendak menentukannya atau beliau berkehendakkan Pejabat Ukur menentukan bagi pihaknya. 
 
3. Jika penentuan dijalankan oleh Pajabat Ukur bagi pihak Juruukur Berlesen dan jika didapati nombor atau jenis sempadan yang diberi oleh Juruukur Berlesen itu tidak betul maka beliau akan dikenakan bayaran upah ukur pejabat dengan harga yang sebenarnya termasuk bayaran pasti biasa ("plus the usual overhead charges") yang terlibat atas penentuan itu. Sebaliknya jika jenis tanda-tanda sempadan berkenaan atau nombor-nombornya didapati betul maka beliau tidak dikenakan apa-apa pembayaran. 
 
KOK SWEE TUCK   
b.p. Ketua Pengarah Ukur,   
Semenanjung Malaysia.   

Tarikh: 20hb.Nov.1972.