Tarikh diterbitkan : 03 Jul 2019

Melaka, Negeri Sembilan Meterai Perjanjian Sempadan Darat

Majlis Menandatangani Perjanjian Sempadan antara Negeri Melaka dan Negeri Sembilan telah diadakan pada 2 Julai 2019 di Dewan Taklimat ICU, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Perjanjian ini telah ditandatangani oleh YAB Tuan Haji Adly bin Zahari, Ketua Menteri Melaka dan YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan yang turut disaksikan oleh YB Dr. Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli.

Majlis ini turut dihadiri oleh YB Dato' Hasim bin Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Dato’ Dr. Razali bin Ab. Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YBhg. Datuk Zurinah binti Pawanteh, Ketua Setiausaha Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dan YBrs. Dr. Sr Azhari bin Mohamed, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I.

Jarak keseluruhan jajaran sempadan darat antara Negeri Melaka dan Negeri Sembilan adalah sejauh 89.1 kilometer yang bermula dari Lubok Kedondong ke Muara Sungai Linggi.